Majlis Meraikan Staf Bertukar Jabatan


arrow Majlis Meraikan staf bertukar Jabatan / Bahagian BPBPT telah selamat diadakan pada :
Tarikh : 27 April 2010
Masa : 12.30 tgh - 2.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : Ketua Jabatan JPSI - Pn. Nor Aziah Abdullah, Staf BPBPT & Unit Jilid

arrow Menu makan tengahari pada majlis ini telah ditaja oleh Ketua Jabatan JPSI iaitu Pn. Nor Aziah Abdullah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn. Haji Ahmad Anwal Ali serta ucapan ringkas daripada Ketua Jabatan serta staf yang diraikan iaitu Pn. Asmah Maaroff & Pn. Baimah Bujang. Sebagai tanda penghargaan dari warga BPBPT, cenderahati tanda kenangan serta cenderahati sempena hari lahir telah disampaikan kepada Pn. Asmah dan Pn. Baimah.

Warga BPBPT & Unit Jilid PTAR mengucapkan 'Selamat Maju Jaya' kepada staf yang diraikan & ucapan setinggi-tinggi rasa terima kasih diatas kepimpinan, ilmu, tunjuk ajar mahupun khidmat yang telah dicurahkan sepanjang Pn. Asmah & Pn. Baimah bertugas di BPBPT. Jasa kalian tidak sesekali kami lupakan.

1 comments:

۩ ! ž µ ® ä ۩ said...

betemu dan perpisahan adat manusia biasa...
hilang di mata tapi di hati tidak lupa....

Post a Comment