Ibu Mertua Fariz Azuan meninggal

Adalah dimaklumkan bahawa ibu mertua kepada En. Fariz Azuan Harun (BPBPT) telah kembali ke Rahmatullah pada pagi tadi.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sekian untuk makluman


Jamuan BPBPT - Menyambut Ramadhan



Majlis kesyukuran diadakan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan di samping mengeratkan hubungan sesama staf BPBPT. Turut berlangsung sesi penyampaian saguhati buat saudara Silsoh di atas kehadiran orang baru dan saudara Fadzrul (Unit Jilid) di atas mahligai yang baru dibina. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal ke akhir hayat serta mendapat kebertakan Allah s.w.t

Menu utama majlis ini adalah soto. Beberapa potluck turut disumbang oleh staf BPBPT.



Bengkel Penetapan Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan PUiTM



Untuk makluman , Bahagian Pembangunan Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal (BPBPT) PTAR akan menganjurkan Bengkel Penetapan Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan PUiTM. Bengkel ini merupakan lanjutan daripada Bengkel Penyediaan Penetapan Pembangunan Bibliografik Bahan PTAR yang telah diadakan pada 7 - 9 Disember 2009.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memantapkan Penetapan Pengkatalogan dan Pengkelasan yang sedia ada dan juga membincangkan isu-isu pengkatalogan. Sebarang masalah atau isu berkaitan dengan pengkatalogan akan dibincangkan pada hari berlangsungnya bengkel.

Senarai Peserta:
  1. Ahmad Amiri Mohamad (BPBPT)
  2. Ariffin Jamaludin(BPBPT)
  3. Mariah Baharudin(BPBPT)
  4. Mohd Izwan Salim(BPBPT)
  5. Noor Hayati Abu Kassim(BPBPT)
  6. Norazlin Mohd Yusof(BPBPT)
  7. Norhamimi Othman(BPBPT)
  8. Nurhayati Hassan(BPBPT)
  9. Zuhaslinda Sulaiman(BPBPT)
  10. Norlilawati Mohd Shah(BPBPT)
  11. Arshad Bujang Perpustakaan (Puncak Perdana)
  12. Shahrani Abdul Manaf (Perpustakaan Perubatan P4)
  13. Subha Ismail (Perpustakaan Selayang)
  14. Rosmaruby Othman (Perpustakaan INTEC)
  15. Nik Annita Nik Omar (Perpustakaan Puncak Alam)
Aturcara Majlis

18 Julai 2011
8.00 a.m. - Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi
8.30 a.m. - Bacaan Doa
8.30 a.m. - Pengenalan Bengkel
9.00 a.m. - Penetapan : Tag 020, Tag 090, Tag 100
1.00 p.m. - Makan Tengahari / Solat
2.00 p.m. - Penetapan : Tag 245, Tag 505 , Tag 740
5.00 p.m. - Minum petang

19 Julai 2011
8.00 a.m. - Sarapan Pagi
8.30 a.m. - Penetapan : Tag 490, Tag 830, Tag 850
1.00 a.m. - Makan Tengahari / Solat
2.00 p.m. - Perbincangan isu-isu pengkatalogan:
• Fail Kuasa
• Bahan retrospektif
• Pamphlet
• Bahan iringan
• Bahan berjilid
• E-Book
5.00 p.m. - Minum petang

Foto-foto sepanjang bengkel dijalankan via FB - Click Here


Taklimat Pemangku Ketua Pustakawan





Taklimat Pemangku Ketua Perpustakaan PTAR atau lebih dikenali Taklimat Pengurusan Bil. 1/2011 ini adalah khusus buat kumpulan profesional. Ia disampaikan sendiri oleh pemangku KP - En. Noor Hidayat Adnan.

Skop taklimat tersebut adalah:

A. Pengurusan UiTM & PTAR

B. Fokus Utama PTAR 2011
- Perancangan strategik PTAR 2011-2015
- Persediaan ke arah universiti penyelidikan
- Naziran (audit) perjawatan uitm 2011

C. Perintah Am & Pekeliling Perkhidmatan
- Bab C: Cuti
- Bab G: Kerja lebih masa
- Peraturan-peraturan pegawai awam (pelantikan, kenaikan pangkat dan penataman perkhidmatan) 2005

D. Budaya Kerja Cemerlang
- Bekerja dalam satu pasukan
- Kreativiti + inovasi + perubahan pengurusan = ke aras transformsi sesebuah organisasi
- Biggest mistake managers make

Q & A

Antara isu / topic hangat yang dibincangkan adalah isu pelantikan KP, research universiti dan audit perjawatan.


Wizfolio Train the Trainer Session





Jabatan Pengurusan & Sokongan Penyelidikan (JPSP), PTAR telah menganjurkan bengkel WizFolio Train the Trainer Session di mana bengkel ini fokus kepada kumpulan Profesional (Pustakawan). Bengkel yang diadakan selama 2 jam di Pusat IT, PTAR 1 ini memberi pendedahan serta demonstrasi tentang pengunaan aplikasi WizFolio. WizFolio membantu pengguna mengumpul bahan dari mana-mana online database samada berbayar atau percuma.

Ceramah disampaikan oleh Jennifer Yong dari Access Dunia. Antara staf BPBPT yang terlibat adalah En. Mohd Izwan, Pn. Zuhaslinda, Pn. Noor Hayati dan En. Ahmad Amiri.


Lawatan Prof. Dr. Edward Anthony Olden

Lawatan Akademik Ke PTAR 1

Adalah dimaklumkan bahawa Prof. Dr. Edward Anthony Olden (Penasihat Akademik Fakulti dari School of Computing, University of West London) akan mengadakan lawatan ke PTAR pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 4 Julai 2011 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat, PTAR 1

Tujuan lawatan adalah untuk mengetahui secara keseluruhan berkenaan dengan PTAR dan bersempena dengan lawatan kerja beliau di Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), UiTM Shah Alam. Lawatan Prof. Dr. Edward akan diiringi oleh Prof. Madya Dr. Mohd Sharif Mohd Saad (Timbalan Dekan Penyelidikan & Jaringan Industri FPM).

Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Pengurusan Maklumat (JPM) ingin menjemput semua Ketua Jabatan PTAR hadir ke sesi taklimat & perkongsian maklumat . Semua warga PTAR adalah diharapkan dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi lawatan ini diadakan.

Sekian, terima kasih.