Mesyuarat BPBPT Bil. 2 2011



Mesyuarat BPBPT bil. 2 ni merupakan kesinambungan kepada beberapa mesyuarat yang lepas.

Majlis bermula 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari dan dipengerusikan oleh ketua BPBPT.

Antara perkara yang disentuh sepanjang mesyuarat adalah:

+ Audit Naziran
+ SKT Tahunan
+ Latihan staf
+ Perancangan latihan 2012
+ Waktu minum pagi / keberadaan staf
+ Bengkel Pra dan Pemantapan SPK
+ Persiapan En. Azman mengalas tugas Haji Anwal

Laporan lengkap akan disusuli oleh Pn. Nurhayati sebagai pencatat minit. Ia kemudian bersambung ke majlis meraikan staf. Antara yang dirai adalah:

1. Haji Ahmad Anwal
Beliau akan bersara wajib pada 1 Disember 2011.

2. Wan Abdul Samad
Beliau merupakan staf BPBPT yang telah bertukar ke PTAR 2 berkuatkuasa pada Ogos 2011.

3. Staf baru
- En. Fauzi Md Noor - Pembantu Am Pejabat Kanan - dari PTAR 2
- En. Mohd Jamil - Pembantu Perpustakaan Kanan - dari Bahagian Pelanggan
- En. Mohd Suhaimi Azman - Pembantu Pemuliharaan
- En. Bob Khairi Razali - Pembantu Pemuliharaan - dari Puncak Alam
- En. Mohd Fridaus - Pembantu Pemuliharaan - dari INTEC


Selamat datang diucapkan kepada staf BPBPT yang baru. Semoga budaya kerja cemerlang dapat diterap di dalam kerja seharian.

Terima kasih kepada Haji Anwal serta Wan Abdul Samad di atas segala jasa serta ilmu yang dicurah sepanjang kalian berada di BPBPT. Mohon ampun dan maaf dari warga BPBPT sekiranya terdapat kesalahan atau kekurangan dari segi layanan atau tindakan di bahagian ini. Semoga Allah membalas jasa kalian.


Interface ILMU baru

Berikut merupakan antaramuka baru aplikasi ILMU. Ia hanya membabitkan menu luar sahaja. Antaramuka bagi setiap modul di dalamnya adalah sama seperti versi sebelumnya.



AACR2 Rules / Outlines


Salam Aidilfitri 2011 / 1432H

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Terimalah e-kad Raya Aidilfitri dari BPBPT ini...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin


Staf mendapat cahaya mata - Muhammad Idraki Mohd Izwan



Syukur Alhamdulillah, staf BPBPT - En. Mohd Izwan Bin Salim telah dikurniakan cahaya mata.

Bayi yang diberi nama Muhammad Idraki ini telah dilahirkan di Hospital Putrajaya pada 14 Ogos 2011 tepat pukul 3.31 pagi. Ketika dilahirkan, bayi tersebut mempunyai berat sebanyak 2.34 kg.

Semoga ibu dan bayi sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat serta menjadi anak yang soleh dan berguna pada masa akan datang.


Salam Aidilfitri dari VC UiTM 2011


Terima kasih Dato'.....


TMnet - Service Disruption



Dari jauh sayup-sayup kedengaran keluhan staf BPBPT berkaitan capaian internet ke laman web seperti WorldCat dan ITSMarc.

Berikut merupakan puncanya.


Perkhidmatan dijangka pulih pada 7 Ogos 2011.


ping to PNM, WorldCat and ITSMarc

Source: TMNet


Senarai staf ambil Waktu Anjal


Jadual waktu anjal ini terbahagi kepada 2:
  1. Masuk : 7.30 a.m. - Keluar : 4.30 p.m.
  2. Masuk : 8.30 a.m. - Keluar : 5.30 p.m.
Seramai 19 orang telah memohon waktu anjal ini. Sebahagian besar (50%) adalah staf dari BPBPT.
  • Ahmad Amiri Bin Mohamad
  • Azman bin Sharan
  • Effiza Sazliana binti Mohd. Salleh
  • Hasnah bt Abdul Malik
  • Herman bin Tanbeh
  • Mohd. Fauzi bin Badiran
  • Mohd. Izwan bin Salim
  • Mohd. Ruzaimee bin Abd. Aziz
  • Mohd Yusri bin Hamid
  • Noor Hayati bt Abu Kassim
  • Nor'ain bt Mohd. Noor
  • Norazlin bt Mohd. Yusof
  • Norkiah bt Ishak
  • Norlilawati Mohd Shah
  • Norliza binti Othman
  • Nurul Aida binti Noor Azizi
  • Rostinah bt Mujir
  • Rubiah Rajikan
  • Shahrizal Akmar bin Abdul Aziz
Waktu anjal ini berkuatkuasa 1 Ogos bersalam 1 Ramadhan sehingga ke akhir bulan tersebut.


Selamat menyambut Ramadhan 1432 M



Asslammualaikum...

Syukur Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur ketemu Ramadhan 1432M. Semoga kita diberi kelapangan dan kesihatan bagi menjalani ibadah.

Buat staf BPBPT, jangan lupa niat puasa, shelving, solat teraweh dan jangan hisap curut rokok. Kepada yang menambil waktu anjal. Pastikan anda sampai ke tempat kerja pada masa ditetapkan. Dan bila sudah sampai, terus lakukan kerja-kerja hakikik. (bukan update FB)

Barikut disertakan jadual Imsak dan Berbuka Puasa bagi kawasan Shah Alam.


Sumber: JAKIM | Senarai Kawasan (via blog)



Ibu Mertua Fariz Azuan meninggal

Adalah dimaklumkan bahawa ibu mertua kepada En. Fariz Azuan Harun (BPBPT) telah kembali ke Rahmatullah pada pagi tadi.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sekian untuk makluman


Jamuan BPBPT - Menyambut Ramadhan



Majlis kesyukuran diadakan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan di samping mengeratkan hubungan sesama staf BPBPT. Turut berlangsung sesi penyampaian saguhati buat saudara Silsoh di atas kehadiran orang baru dan saudara Fadzrul (Unit Jilid) di atas mahligai yang baru dibina. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal ke akhir hayat serta mendapat kebertakan Allah s.w.t

Menu utama majlis ini adalah soto. Beberapa potluck turut disumbang oleh staf BPBPT.



Bengkel Penetapan Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan PUiTM



Untuk makluman , Bahagian Pembangunan Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal (BPBPT) PTAR akan menganjurkan Bengkel Penetapan Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan PUiTM. Bengkel ini merupakan lanjutan daripada Bengkel Penyediaan Penetapan Pembangunan Bibliografik Bahan PTAR yang telah diadakan pada 7 - 9 Disember 2009.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memantapkan Penetapan Pengkatalogan dan Pengkelasan yang sedia ada dan juga membincangkan isu-isu pengkatalogan. Sebarang masalah atau isu berkaitan dengan pengkatalogan akan dibincangkan pada hari berlangsungnya bengkel.

Senarai Peserta:
  1. Ahmad Amiri Mohamad (BPBPT)
  2. Ariffin Jamaludin(BPBPT)
  3. Mariah Baharudin(BPBPT)
  4. Mohd Izwan Salim(BPBPT)
  5. Noor Hayati Abu Kassim(BPBPT)
  6. Norazlin Mohd Yusof(BPBPT)
  7. Norhamimi Othman(BPBPT)
  8. Nurhayati Hassan(BPBPT)
  9. Zuhaslinda Sulaiman(BPBPT)
  10. Norlilawati Mohd Shah(BPBPT)
  11. Arshad Bujang Perpustakaan (Puncak Perdana)
  12. Shahrani Abdul Manaf (Perpustakaan Perubatan P4)
  13. Subha Ismail (Perpustakaan Selayang)
  14. Rosmaruby Othman (Perpustakaan INTEC)
  15. Nik Annita Nik Omar (Perpustakaan Puncak Alam)
Aturcara Majlis

18 Julai 2011
8.00 a.m. - Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi
8.30 a.m. - Bacaan Doa
8.30 a.m. - Pengenalan Bengkel
9.00 a.m. - Penetapan : Tag 020, Tag 090, Tag 100
1.00 p.m. - Makan Tengahari / Solat
2.00 p.m. - Penetapan : Tag 245, Tag 505 , Tag 740
5.00 p.m. - Minum petang

19 Julai 2011
8.00 a.m. - Sarapan Pagi
8.30 a.m. - Penetapan : Tag 490, Tag 830, Tag 850
1.00 a.m. - Makan Tengahari / Solat
2.00 p.m. - Perbincangan isu-isu pengkatalogan:
• Fail Kuasa
• Bahan retrospektif
• Pamphlet
• Bahan iringan
• Bahan berjilid
• E-Book
5.00 p.m. - Minum petang

Foto-foto sepanjang bengkel dijalankan via FB - Click Here


Taklimat Pemangku Ketua Pustakawan





Taklimat Pemangku Ketua Perpustakaan PTAR atau lebih dikenali Taklimat Pengurusan Bil. 1/2011 ini adalah khusus buat kumpulan profesional. Ia disampaikan sendiri oleh pemangku KP - En. Noor Hidayat Adnan.

Skop taklimat tersebut adalah:

A. Pengurusan UiTM & PTAR

B. Fokus Utama PTAR 2011
- Perancangan strategik PTAR 2011-2015
- Persediaan ke arah universiti penyelidikan
- Naziran (audit) perjawatan uitm 2011

C. Perintah Am & Pekeliling Perkhidmatan
- Bab C: Cuti
- Bab G: Kerja lebih masa
- Peraturan-peraturan pegawai awam (pelantikan, kenaikan pangkat dan penataman perkhidmatan) 2005

D. Budaya Kerja Cemerlang
- Bekerja dalam satu pasukan
- Kreativiti + inovasi + perubahan pengurusan = ke aras transformsi sesebuah organisasi
- Biggest mistake managers make

Q & A

Antara isu / topic hangat yang dibincangkan adalah isu pelantikan KP, research universiti dan audit perjawatan.


Wizfolio Train the Trainer Session





Jabatan Pengurusan & Sokongan Penyelidikan (JPSP), PTAR telah menganjurkan bengkel WizFolio Train the Trainer Session di mana bengkel ini fokus kepada kumpulan Profesional (Pustakawan). Bengkel yang diadakan selama 2 jam di Pusat IT, PTAR 1 ini memberi pendedahan serta demonstrasi tentang pengunaan aplikasi WizFolio. WizFolio membantu pengguna mengumpul bahan dari mana-mana online database samada berbayar atau percuma.

Ceramah disampaikan oleh Jennifer Yong dari Access Dunia. Antara staf BPBPT yang terlibat adalah En. Mohd Izwan, Pn. Zuhaslinda, Pn. Noor Hayati dan En. Ahmad Amiri.


Lawatan Prof. Dr. Edward Anthony Olden

Lawatan Akademik Ke PTAR 1

Adalah dimaklumkan bahawa Prof. Dr. Edward Anthony Olden (Penasihat Akademik Fakulti dari School of Computing, University of West London) akan mengadakan lawatan ke PTAR pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 4 Julai 2011 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat, PTAR 1

Tujuan lawatan adalah untuk mengetahui secara keseluruhan berkenaan dengan PTAR dan bersempena dengan lawatan kerja beliau di Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), UiTM Shah Alam. Lawatan Prof. Dr. Edward akan diiringi oleh Prof. Madya Dr. Mohd Sharif Mohd Saad (Timbalan Dekan Penyelidikan & Jaringan Industri FPM).

Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Pengurusan Maklumat (JPM) ingin menjemput semua Ketua Jabatan PTAR hadir ke sesi taklimat & perkongsian maklumat . Semua warga PTAR adalah diharapkan dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi lawatan ini diadakan.

Sekian, terima kasih.




Staf mendapat cahaya mata - Silsoh Khairol

Tahniah diucapkan kepada En Silsoh Khairol kerana mendapat cahaya mata pertama beliau.

Bayi lelaki yang tersebut dilahirkan pada 6.30 petang dengan berat 3.7 kg.

Semoga Muhammad Zulqarnaen menjadi anak yang soleh, sihat serta mampu berbakti kepada ibu bapa, masyarakat, agama dan bangsa. Amin...


A - LIEP 2011




Risalah Program:

----------------------------------------------------------------------------------
RSS Feeds and Web 2.0 for Current Awareness Services and Profesional Self - Development


Ceramah disampaikan oleh Mr. Rajen Munoo dan Mrs. Chrissy Tan dari Singapore Management University

Jumlah peserta yang hadir adalah seramai 32 orang dari dalam dan luar negara. Antara peserta luar negara adalah dari Vietnam dan Qatar.

Antara perkara yang disentuh sepanjang program adalah:
  1. pengenalan kepada RSS
  2. penggunaan google reader
  3. add/subscibe RSs sesuatu laman web
  4. bagaimana mempromosikan penggunaan RSS kepada klien

Introduction to RDA for Librarians