Book Care Demo


Pada 23 April 2012 (Isnin) telah didakan satu demo 'Book Care & Repair' yang bertempat di Unit Kawalan Kualiti & Pemprosesan Teknikal. Staf yang terlibat adalah dari Bahagian Katalog & Kelas serta Bahagian Jilid. 

Demo yang bermula kira-kira jam 3.00 petang dan berlanjutan hingga jam 4.00 petang telah memberi tunjuk ajar cara penggunaan membuat laminate / jaket bahan baru yang dikenalpasti memerlukan penjagaan rapi. 





Antara bahan yang digunakan untuk penjagaan buku bagi minor repair adalah seperti filmoplast P, filmoplast P 90 dan easy wing. 

Anggaran proses laminate / jaket memakan masa dalam 5-10 minit manakala bagi minor repair dalam masa kurang dari 5 minit. Cara penggunaan diterangkan secara terperinci agar memudahkan staf yang memproses fizikal bahan dapat menjalankan proses tanpa sebarang masalah. Sesi soal jawab dijalankan agar penggunaan bahan tersebut lebih berkualiti dan berkesan. 

Diharap alternatif ini membantu bahan di perpustakaan sentiasa berada dalam keadaan baik dalam jangka masa yang lama. 

"Library For All "


Majlis Perpisahan BKK


Sebagaimana kita sedia maklum, En. Ariffin Jamaludin (Timbalan Ketua Pustakawan) telah dinaikkan pangkat dan akan bertukar ke UiTM Kampus Sarawak dan insya-Allah beliau akan memulakan tugasnya di sana pada pertengahan Bulan April ini. 


Oleh itu, satu majlis bersama beliau telah pun diadakan dan alhamdulillah dapat sama-sama kita berkumpul dan makan pagi bersama di saat-saat akhir beliau di bahagian katalog di samping mengeratkan lagi hubungan sesama kita =)

          



Semoga jalinan hubungan antara kita tidak akan putus di sini sahaja dan akan terus bekerjasama menjadikan PTAR sebuah perpustakaan yang unggul...