Penyata EC Tahun 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Y.Bhg Datuk / Dato' / Datin / Prof / Tuan / Puan,

PENYATA EC TAHUN 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan, penyata EC bagi tahun 2010 boleh dijana secara atas talian mulai 18 Feb 2011 melalui Portal Kewangan (FinEPortal) di laman web http://myfinancial.uitm.edu.my.

3. Semua staf UiTM hendaklah membuat semakan penyata EC masing-masing dan sebarang pembetulan perlu dimaklumkan ke Bahagian Gaji sebelum atau pada 15 Mac 2011.

4. Kerjasama Y.Bhg Datuk / Dato' / Datin / Prof / Tuan / Puan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.


Yang menjalankan tugas,

TN HJ ZAINUDDIN ZABIDI
Timbalan Bendahari Kanan
Bahagian Gaji Dan Kemudahan Staf
Pejabat Bendahari
UiTM Shah Alam


Branch Error



Masalah:
Berlaku pada beberapa rekod.

Penyelesaian:
Salam TuanError di bawah disebabkan setting dalam ILMU adalah 'Yes'. Yes bermaksud sistem akan filter mana-mana rekod yang berlainan location dengan officer yang hendak unindex rekod..

Walaubagaimanapun perkara telah diambil tindakan di mana setting ILMU telah ditukar kepada 'No'...bermakna mana-mana staf boleh unindex rekod tanpa filter apa-apa condition....

Mohon maaf sebarang kesulitan yang berlaku
Sekian Terima Kasih

- Tuan Azizi Jantan


Amanat Tahun Baru Naib Canselor UiTM 2011 - Dato’ Prof Ir. Dr Sahol Hamid Abu Bakar


Pembahagian Tugasan di BPBPT

Pada mesyuarat BPBPT bil. 1 yang lepas, beberapa tugasan telah diagihkan kepada staf yang terlibat.

Ia adalah tugasan selain dari tugas hakiki seperti AJK 5S, pegawai rekod, laporan aktiviti bulanan dan sebagainya.

Antara tugasan serta penanggungjawab bagi sessi 2011 ini adalah seperti berikut:

  1. Mohd Izwan Salim - Pegawai Rekod
  2. Nurhayati Hassan - Melapor Aktiviti Bulanan Pustakawan
  3. Muhammad Hazry Yunus - Update board BPBPT
  4. Silsoh Khairol - Moderator My Esset
  5. Nurul Asihkin Selamat - Bendahari BPBPT
  6. Fariz Azuan Harun - Pengerusi 5S (Bahagian Katalog - BPBPT)
  7. Fadzrul Amri Baharudin - Pengerusi 5S (Unit Jilid - BPBPT)
  8. Norlilawati Mohd Shah - Kumpul Statistik BPBPT
  9. Zamalhuri Mustapa - Melapor Aktiviti Bulanan Pem. Am Pejabat
  10. Mohd.Norfaiz Abdul Rashid - Moderator e-Jari & Melapor Aktiviti Bulanan Pem. Perpustakaan
Diharap semua yang telah dilantik memberi kerjasama serta menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan baik.


Mesyuarat BPBPT Bil. 1 (2011)

Mesyuarat pertama BPBPT bagi tahun 2011 telah diadakan pada 9 Feb 2011 di bilik mesyuarat PTAR 1. Ia dihadiri seramai 28 orang staf. Staf yang tidak dapat hadir adalah:
  1. Silsoh Khairol
  2. Syed Iskandar Syed Zulkarnain
  3. Nor'ain bt Mohd. Noor
Banyak perkara dan makluman disampaikan dalam mesyuarat tersebut. Pencatat minit pada kali ini adalah Pn. Norhamimi Othman.

Isu serta keputusan mesyuarat akan disimpulkan dan diblogkan dalam sikit masa lagi.


Sarapan disediakan & pot luck
(Mee Singapore + cili potong + teh O + teh)


Mesyuarat BPBPT Bil. 1 2011 ini dipengerusikan oleh Ketua Bahagian BPBPT dan berlangsung dari pukul 8.30 - 12.30 tengahari.



Jamuan tengahari & pot luck
(Nasi putih + ayam masak kicap + sambal udang + sup sayur + ulam-ulaman + sambal belacan + air sirap + buah tembikai)


Meraikan staf bertukar bahagian.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang telah memberi kerjasama semasa mesyuarat dijalankan. Tidak lupa juga yang bermurah hati memberi sedikit sumbangan (pot luck) semasa jamuan sarapan dan makan tengahari.