Microsoft Expression Web 4

Buat pengetahuan, final release bagi Microsoft Office Frontpage adalah versi 2003. Ia tidak lagi dihasilkan bagi versi 2007 dan 2010. Perisian yang mempunyai ciri yang sama dengannya adalah Microsoft Expression Web 4.

Bagi mereka yang terlibat dengan projek FCORP, anda boleh menggunakan perisian ini. Jika anda mempunya perisian Frontpage 2003, anda masih boleh menggunakannya. Namun bagi mereka yang menggunakan Microsoft Office 2010, anda mungkin menghadapi masalah.



Bengkel FCORP dan e-Shelf

Tarikh: 29 Nov - 1 Dec 2010
Masa: 8.00 a.m. - 5.00 p.m.
Tempat: Pusat IT, PTAR 1

Bengkel ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
1. Bengkel Faculty Course Outline Resource @ PTAR dan
2. e-Shelf @ PTAR

Ia dikendalikan oleh En. Arshad Bujang (Pustakawan Kanan, Puncak Perdana) dan En. Ahmad Faizar Faafar (Pustakawan IT)

Warga BPBPT yang terlibat adalah:
  1. En Mohd Izwan Salim - Faculty of Computer and Mathematical Sciences
  2. Pn. Noor Hayati Abu Kassim (dibantu Pn. Nurhayati Hassan) - Faculty of Mechanical Engineering
  3. Pn. Norazlin Mohd Yusof (dibantu Pn. Norhamimi Othman) - Faculty of Electrical Engineering
Objektif FCORP
  1. Mempakejkan bahan rujukan mengikut course outline setiap fakulti.
  2. Memudahkan pencarian maklumat kepada pengguna PTAR.
  3. Mekanisma yang sesuai untuk memperkenalkan koleksi PTAR.
  4. Memudahkan pencarian sumber/buku di rak dengan membuat hyperlink dalam sistem ILMU kepada plan lantai rak.
Fakulti Pengurusan Maklumat merupakan fakulti pertama menguji lari projek ini - http://ptarpp2.uitm.edu.my/fcorp/

Projek FCORP ini dipengerusikan oleh En. Noor Hidayat Adnan dan Pn. Roslina Mohamad Ali manakala En. Arshad Bujang dan En. Ahmad Faizar Jaafar merupakan pengurus projek tersebut.

Bagi permulaan pustakawan terlibat perlu mencari bahan elektronik melalui internet bagi di masukkan dalam web resources, bahan melalui webOpac untuk di masukkan dalam other resources dan senarai reading list (dapatkan dari pensyarah fakulti).