Salam Takziah

Warga BPBPT mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Razman Bin Ramli (Pembantu Perpustakaan Tingkatan Kanan) dari Jabatan Pengurusan Pelanggan PTAR yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu bersamaan 19 Jan 2011. Semoga roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Juga salam takziah buat Tuan Haji Anwal dari Unit Jilid di atas kepulangan Allahyarhamah Hjh. Alimah Binti Raktio ke rahmatullah pada hari yang sama. Beliau merupakan ibu mertua kepada Haji Anwal.


Phishing Mail - Upgrade your Mail Account

Lately, beberapa staf dari UiTM melaporkan mereka menerima email dari Administrator bahawa server email UiTM telah dinaiktaraf, oleh itu pengguna (staf) dikehendaki mengemaskini maklumat akaun mereka. AWAS, email ini adalah satu penipuan (phishing).

Bagi mereka yang kurang peka terhadap email ini, mereka akan membalas dengan membuka link yang telah disediakan (dengan nama yang di yakini) walhal email itu ke sebuah laman web perkhidmatan e-form iaitu http://www.123contactform.com/.

Malah email tersebut dihantar oleh webmasterr@uitm.edu.my. Perhatikan ejaan webmaster tersebut.

Diharap, semua staf mengabaikan email ini.


Facebook @ UiTM by PSMB

Pihak PSMB telah memberi kebenaran kepada pengguna bagi melayari laman web sosial paling popular iaitu Facebook. Namum, pemantauan dari semasa ke semasa dijalankan bagi melihat trend pengguna melayari laman web tersebut.



Terima kasih PSMB.

Soalan:
  1. Limitation bandwith adalah mengikut perkiraan seorang yang melayari (1-IP) atau keseluruhan network UiTM?
  2. Adakah pihak PSMB menyimpan maklumat username & password pengguna memandangkan ia melalui satu tunnel?


Hasil Perbincangan BPBPT dan BPB

Hasil perbincangan selama 2 jam 30 minit diantara Bahagian Pembangunan Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal (BPBPT) bersama Bahagian Perolehan Bahan (BPB) yang diadakan pada 11 Januari 2011 adalah seperti berikut:

Pihak BPB telah bersetuju untuk memasukkan 3 atau 4 tag bagi setiap bahan yang diterima:
* Tag 020 - ISBN
* Tag 100 - Pengarang
* Tag 245 - Judul
* Tag 260 - Maklumat Penerbitan

Selepas proses Receiving, bahan akan dihantar kepada Pembantu Perpustakaan BPBPT untuk melengkapkan rekod, mengasingkan dup (naskah tambahan)

Bermula tahun ini rekod e-books akan diuruskan oleh Gugusan GD
---------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi rekod yang hilang dalam tempoh 16 Dis 2010 - 7 Januari 2011, kerja create rekod perlu dilaksanakan. Pihak PTAR telah memohon OT bagi kerja-kerja tersebut dari jam 5.30 ptg - 10.00 mlm iaitu:
  • Membuat Pra Pengkatalogan dengan memasukkan 3 atau 4 tag (020, 100, 245 & 260) bagi tiap-tiap rekod bahan sebanyak 3000 rekod.
  • Membuat kerja Release for Circulation - Menukar status bahan dari Final processing ke Available sebanyak 1500 naskah bahan.
Tuan puan boleh terus create rekod yang hilang tempohari, sekiranya buku semasa tidak banyak dan telah diselesaikan.


Gangguan pada Sistem ILMU


Tahun baru 2011 ini di mulakan dengan perkhabaran tidak sihat di mana ia melibatkan seluruh transaksi yang berlaku di antara 16 Dec 2010 sehingga 7 Januari 2011.

Antara modul yang terlibat adalah:
  1. Cataloging
  2. Acquistion
  3. Circulation
  4. Serial
  5. IRS
  6. Binding
  7. Foundation
Maklumat lanjut tentang permasalah ini tidak dapat diterangkan di sini di atas faktor-faktor keselamatan.


Lawatan Kerja ke Perpustakaan Tuanku Bainun - UPSI

Pada 10 Januari yang lepas, satu lawatan kerja telah diadakan oleh warga BPBPT ke Perpustakaan Tuanku Bainun - UPSI, Tanjung Malim. Rombongan tiba di sana pada pukul 10 pagi dan bertolak balik pada pukul 2.00 petang.

Lawatan ini disertai:
  • 1 Ketua Bahagian BPBPT
  • 1 Pustakawan Kanan BPBPT
  • 7 Pustakawan BPBPT
  • 6 Pembantu Perpustakaan BPBPT
  • 1 Pustakawan JPJPD
  • 1 Pustakawan Puncak Alam
  • 1 Putakawan Kanan Puncak Perdana
Tujuan lawatan adalah untuk melihat proses kerja pengkatalogan yang diamalkan di perpustakaan UPSI.


Program BPBPT 2011

Suatu perbincangan ringkas telah diadakan pada 5 Jan bertempat di bilik perbincangan Bilik KAT PTAR 1. Berikut adalah senarai aktiviti / program yang bakal diadakan sepanjang tahun 2011.

Program: Lawatan Kerja Ke IPTA Terpilih
Objektif: Membuat penandaarasan proses kerja pengkatalogan.
Tarikh Cadangan: Jan
Program: Bengkel Pengkatalogan Deskriptif: Monograf Dan Terbitan Bersiri
Objektif: Meningkatkan kemahiran pengkatalogan bahan monograf dan terbitan bersiri.
Tarikh Cadangan: Mac / April

Program: Bengkel MARC21
Objektif: Memberi pendedahan dan pemahaman MARC 21 yang digunapakai serta mendedahkan peserta kepada perkembangan sistem MARC 21.
Tarikh Cadangan: Jun / Julai

Program: Bengkel Penetapan Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan.
Objektif: Mengemaskini dan menyelaraskan penetapan pengkatalogan dan pengkelasan bahan.
Tarikh Cadangan: Ogos / Sept.

Program: Bengkel Penyelenggaraan Bahan Perpustakaan: Penjilidan Asas (Siri 1)
Objektif: Meningkatkan kemahiran dalam tugas penjilidan bahan.
Tarikh Cadangan: Mei

Program: Bengkel Penyelenggaraan Bahan Perpustakaan : Mesin / Peralatan Penjilidan (Siri 2)
Objektif: Memberi pendedahan dan kemahiran penggunaan mesin / peralatan penjilidan.
Tarikh Cadangan: Sept

Program: Lawatan Kerja Penjilidan ke Semua PUiTM (11 Cawangan)
Objektif: Memantau perlaksanaan proses kerja penjilidan.
Tarikh Cadangan: Jan - Dis

Program: Bengkel Modul Binding
Objektif: Meningkatkan kemahiran penggunaan modul binding.
Tarikh Cadangan: April


Hubungi kami - BPBPT

Nama: Pn. Mariah Baharudin
Jawatan: Timbalan Ketua Pustakawan (S48)
Status: Bertugas
✉: mariah688@salam.uitm.edu.my
☏: 03 5544 3747


Nama: En. Ariffin Jamaludin
Jawatan: Pustakawan Kanan (S44)
Status: Bertugas
✉: ariffin460@salam.uitm.edu.my
☏: 03 5544 3772


Nama: Pn. Noor Hayati Abu Kassim
Jawatan: Pustakawan (S41)
Status: Bertugas
✉: noorhaya@salam.uitm.edu.my
☏: 03 5544 3775


Nama: En. Ahmad Amiri Mohamad
Jawatan: Pustakawan (S41)
Status: Bertugas
✉: ahmad403@salam.uitm.edu.my
☏: 03 5544 3797


Nama: Pn. Nurhayati Hassan
Jawatan: Pustakawan (S41)
Status: Bertugas
✉: norha651@salam.uitm.edu.my
☏: 03 5544 3723


Nama: Pn. Norhamimi Othman
Jawatan: Pustakawan (S41)
Status: Bertugas
✉: mimi537@salam.uitm.edu.my
☏: 03 5544 3773


Nama: Pn. Norazlin Mohd Yusof
Jawatan: Pustakawan (S41)
Status: Bertugas
✉: norazlin305@salam.uitm.edu.my
☏: 03 5521 1437


Nama: Mohd Izwan Bin Salim
Jawatan: Pustakawan
Status: Bertugas
✉: mohdizwan9733@salam.uitm.edu.my
☏: 03 5544 3776


Nama: Pn. Zuhaslinda Sulaiman
Jawatan: Pustakawan (S41)
Status: Cuti bersalin (sehingga Mac 2012)
✉: zuhaslinda@salam.uitm.edu.my
☏: 03 5534 5779


Selamat Tahun Baru 2011