Kedudukan Spine Label, Barcode & Lokasi Peta



Maklumat bagi nenampal spine label, barcode, cop Q dan lokasi adalah seperti berikut:

Barcode:
  1. Kedudukan sebelah kanan bawah bahagian depan peta.
  2. 1 cm dari bahagian tepi bawah dan kanan peta.
Spine Label:
  1. Kedudukan sebelah kanan bawah bhagian depan peta.
  2. 1 cm dari tepi kanan peta, sebelah atas barcode.
Lokasi:
  1. Kedudukan sebelah kiri bawah bahagian depan peta.
  2. 1 cm dari bahagian tepi bawah dan kiri peta.
Cop Q:
  1. Kedudukan sebelah kiri bawah bahagian depan peta.
  2. Bersebelahan pelekat lokasi.


Recycle Slip Pemulangan

Terdapat beberapa kotak slip pemulangan ditemui bagi beberapa perpustakaan fakulti. Namun begitu, slip ini merupakan slip pemulangan yang lama. Ia dilaporkan oleh staf Pembantu Am Pejabat, En. Zainal Aris.

Pustakawan Noorhamimi dan Nor Azlin telah mencadangan supaya slip ini dikitar semula. Design yang baru akan dicetak pada bahagian belakang slip. Dengan cara ini, pembaziran dapat dielakkan.

Namum begitu terdapat sedikit kesulitan bagi mencetak slip tersebut kerana ia berada pada beberapa ukuran persegi.

Projek ini merupakan salah satu projek 5S BPBPT.


Mesyuarat BPBPT (bil.1)

Tarikh: 4 Jun 2010
Masa: 3.00 p.m. - 5.00 p.m.
Tempat: Bilik Seminar

Mesyuarat ini merupakan mesyuarat pertama BPBPT selepas perlantikan Pn. Mariah Baharudin sebagai Ketua Bahagian (BPBPT). Mesyuarat ini melibatkan semua staf di bawah BPBPT termasuk Unit Jilidan.

Mesyuarat kali ini secara amnya menyentuh beberapa perkara atau maklumat sebagai peringatan kepada staf. Antara perkara yang disentuh adalah sepertu berikut:
  1. Komitment dan kerjasama
  2. Prestasi kerja
  3. Permohonan bercuti / keluar pada waktu pejabat
  4. Cuti sakit
  5. Cuti kecemasan
  6. Keberadaan staf
  7. Penggunaan e-jari
  8. Latihan / kursus staf
  9. Statistik bulanan / harian
  10. Laporan aktiviti bulanan
  11. Sasaran kerja tahunan
  12. Masalah kerja
  13. Shelving pada pukul 8.00 - 8.30 pagi
  14. Collection bulanan
  15. Aktiviti bahagian
  16. Baju bahagian
  17. Bahan masalah
  18. Pemprosesan thesis
  19. Pembinaan Taxonomy
  20. SKP
  21. Partition untuk Unit Jilidan
  22. Penyedut habuk
Cik Asihkin bertanggungjawab sebagai pencatat minit mesyuarat.


Jamuan Pustakawan


Tarikh: 3 Jun 2010 (Khamis)
Masa: 10.00 a.m - 1.00 p.m.
Lokasi: Bilik Rehat

Pada 3hb. Jun 2010, suatu jamuan kesyukuran telah dianjurkan oleh Pn. Norhamimi. Jamuan tersebut diadakan sebagai tanda terima kasih beliau kepada rakan-rakan yang terlibat dalam memberi idea serta buah fikiran bagi menjayakan ceramah beliau di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Ceramah pengkatalogan di USIM telah berlangsung dengan jayanya serta dihadiri lebih 40 orang Pustakawan daripada IPTA seluruh Malaysia. Adalah diharapkan selepas ini, para Pengkatalog BPBPT akan mendapat lebih pengiktirafan daripada organisasi dalam serta luar UITM.


Tahniah ;-)

biggrin Pada petang semalam telah diadakan sesi ringkas penyampaian hadiah kepada Pn. Norazlin Mohd Yusof yg telah selamat melahirkan anak sulung perempuannya Eirdina Najwa pada 6 Mac 2010 yang lalu. Sumbangan hadiah telah disampaikan oleh Timb. Ketua Pustakawan BPBPT iaitu Pn. Mariah Baharudin. Kami warga BPBPT mendoakan semoga cahayamata Pn. Norazlin sentiasa dirahmati dan membesar dengan sihat .. aminnnn wink


Bengkel Pengurusan Laman Web Bahagian

Tarikh: 31 Mei 2010 - 1 Jun 2010
Masa: 8.00 a.m. - 5.00 p.m.
Tempat: Pusat IT


Laman web merupakan salah satu medium bagi mempromosikan sesuatu. Malah ia menjadi rujukan pertama dari organisasi luar bagi mengenali sesuatu organisasi tersebut.

Merujuk kepada salah satu amanat Naib Canselor baru UiTM mengenai pengurusan laman web korporat, JPSTM PTAR dengan kerjasama PSMB menganjurkan Bengkel Pengurusan Kandungan Laman Web.

Setiap bahagian diwajibkan menghantar 2 orang wakil sebagai Webmaster laman web bahagaian masing-masing. JPPSI telah menghantar En. Mohd Izwan Salim wakil dari BPBPT dan En. Bahroni Moojee, wakil dari BPB.

Laman web tersebut menggunakan perisian sumber terbuka (OSS) Joomla. Penceramah bengkel adalah En. Ahmad Faizar Jaafar, Pustakawan Unit e-Komponen & Web manakala penceramah jemputan adalah En. Rahim Utah, Ketua Unit Web Hosting dan Komunikasi.

Laman web JPPSI boleh di akses melalui alamat ini:
http://library.uitm.edu.my/jppsi/