Hadiah Pengantin Baru




 Selamat Pengantin Baru Fauzi =)



Book Care Demo


Pada 23 April 2012 (Isnin) telah didakan satu demo 'Book Care & Repair' yang bertempat di Unit Kawalan Kualiti & Pemprosesan Teknikal. Staf yang terlibat adalah dari Bahagian Katalog & Kelas serta Bahagian Jilid. 

Demo yang bermula kira-kira jam 3.00 petang dan berlanjutan hingga jam 4.00 petang telah memberi tunjuk ajar cara penggunaan membuat laminate / jaket bahan baru yang dikenalpasti memerlukan penjagaan rapi. 





Antara bahan yang digunakan untuk penjagaan buku bagi minor repair adalah seperti filmoplast P, filmoplast P 90 dan easy wing. 

Anggaran proses laminate / jaket memakan masa dalam 5-10 minit manakala bagi minor repair dalam masa kurang dari 5 minit. Cara penggunaan diterangkan secara terperinci agar memudahkan staf yang memproses fizikal bahan dapat menjalankan proses tanpa sebarang masalah. Sesi soal jawab dijalankan agar penggunaan bahan tersebut lebih berkualiti dan berkesan. 

Diharap alternatif ini membantu bahan di perpustakaan sentiasa berada dalam keadaan baik dalam jangka masa yang lama. 

"Library For All "


Majlis Perpisahan BKK


Sebagaimana kita sedia maklum, En. Ariffin Jamaludin (Timbalan Ketua Pustakawan) telah dinaikkan pangkat dan akan bertukar ke UiTM Kampus Sarawak dan insya-Allah beliau akan memulakan tugasnya di sana pada pertengahan Bulan April ini. 


Oleh itu, satu majlis bersama beliau telah pun diadakan dan alhamdulillah dapat sama-sama kita berkumpul dan makan pagi bersama di saat-saat akhir beliau di bahagian katalog di samping mengeratkan lagi hubungan sesama kita =)

          



Semoga jalinan hubungan antara kita tidak akan putus di sini sahaja dan akan terus bekerjasama menjadikan PTAR sebuah perpustakaan yang unggul... 


Projek Penetapan Katalog 2012

Projek Penetapan Katalog telah diadakan bermula pada 20 hb. sehingga 21 hb. Februari, 2012.

Projek ini bertujuan menyediakan "Manual Penetapan Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan PUiTM" bagi menyeragamkan aktiviti pengkatalogan dan pengkelasan bahan di semua perpustakaan.




Diharap dengan usaha yang dijalankan ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kita bersama dalam menjamin keseragaman dan kualiti rekod bibliografik PUiTM.


Majlis Perpisahan Staf BPBPT

Bertemua dan berpisah
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita gar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Begitulah lirik lagu Bertemu dan Berpisah, lagu yang sering dinyanyikan oleh pasukan pengangkap.

Ini merupakan majlis perpisahan terbesar dan terakhir bagi BPBPT. Terbesar bermaksud majlis ini meraikan sejumlah staf BPBPT yang besar iaitu seramai 10 orang di mana melibatkan sebahagian besar pustakawan katalog (tinggal en. miri sorang jer...). Manakala terakhir bermaksud, nama BPBPT mungkin akan diubah kepada nama lain berikutan penstrukturan semula bahagian / jabatan di PTAR.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan selamat tinggal buat staf yang akan meninggalkan BPBPT serta selamat datang kepada staf baru oleh ketua bahagian - Pn. Mariah Baharudin.

Kemudian diikuti ucapan individu staf yang akan meninggalkan bahagian. Sebak rasanya. Malah terdapat staf yang sebelum sempat menutur kata.


Majlis diteruskan dengan penyampaian saguhati tanda kenangan kepada staf yang akan bersara. *En Ariffin hanya mewakili Pn Zuhaslinda yang akan berpindah ke BPSTM, kini beliau sedang cuti bersalin...


Diharapkan perpisahan ini hanya perpisahan diantara tugas dan tanggungjawab kepada PTAR. Hubungan ukhuwah yang terjalin harap tersimpul rapi buat selamanya.

Terima kasih semua............





Penstrukturan staf PTAR (Kumpulan Profesional)


Adalah dimaklumkan Mesyuarat Khas Penstrukturan Bil 1/2012 dan Mesyuarat PPSM PTAR Bil. 1/2012 yang diadakan pada 20 Januari 2012 telah memutuskan penempatan staf PTAR untuk berkhidmat ke Jabatan dan Bahagian yang terlibat. Ia mula berkuatkuasa mulai 1 Februari 2012. Berikut adalah senarai tersebut:
  • Pn. Khasiah binti Zakaria | Cuti belajar » JPPK (Jabatan Pembangunan Perpustakaan Khusus, PTAR 4)
  • En. Jamalludin Sulaiman | UiTM Sarawak » Pejabat Ketua Pustakawan
  • Pn. Junaida Kamarudin | JPPO » PTAR 2
  • En. Zulkifli Ismail | UiTM Sabah » JPBP (Bahagian Imbangan Bahan)
  • Pn. Adlina Abdullah | PTAR 3 » JPA (Bahagian Perkhidmatan Maklumat)
  • Pn. Baimah Bujang | JPPO » PTAR 2
  • Pn. Azizah Khasim | JPM » Puncak Perdana
  • Cik Norshidah Mohd Idris | JPPO » PTAR 3
  • Tn. Hj. Azizi Jantan | JPSTM » PKP (Unit Perancangan Strategik)
  • Pn. Wan Norizan Wan Mansor | BPB » JPP (JPSTM - Pengurusan Sumber Digital)
  • En. Arshad Bujang | Puncak Perdana » JPP (Bahagian Perkhidmatan Pelanggan)
  • En. Ahmad Nazri Jaafar | JPSTM » PTAR 3
  • En. Bahroni Moojee | BPB » JPBP (BPJD-Unit Pengurusan eBook)
  • Pn. Hani Liza Norfin | PTAR 2 » JPP (Bahgian Pengurusan Media)
  • En. Mohamad Masrum Abas | JPM » FSPU
  • En. Mohd Alfarabie Mohd Nasir | FSPU » JPP (BPSTM - ICT)
  • En. Mohd Fahizan Hamid | JPP » JPBP (Bahagian Imbangan Bahan)
  • En. Mohd Izwan Bin Salim | BPBPT » JPP (BPSTM - EKMS)
  • Pn. Zuhaslinda Sulaiman | BPBPT » JPP (BPSTM - Metadata)
  • Pn. Noor Hayati Abu Kassim | BPBPT » PTAR 4
  • Pn. Norazlin Mohd Yusof | BPBPT » PTAR 2
  • Pn. Norhamimi Othman | BPBPT » FSPU
  • Pn. Nurhayati Hassan | BPBPT » PTAR 3
  • En. Abdul Razak Abdul Rahman | PTAR 4 » JPBP (Bahagian Katalog)
  • Cik Nor Hafizah Md. Hanafiah | PTAR 3 » JPBP (Bahagian Katalog)
  • Pn. Masnida Hanim Che Mahmood | PTAR 4 » JPBP (Bahagian Katalog)
  • Pn. Norkiah Ishak | JPM » PTAR 2
  • Pn. Rizana Mohd Radwan | JPSTM » PTAR 4
  • Pn. Shahidatul Akhmam Rambeli | FSPU » JPP (Bahagian Pengurusan Koleksi)

Selamat menjalankan tugas di tempat buat pegawai yang akan meninggalkan BPBPT. Semoga segala bakti dan usaha yang dicurah selama tuan puan berada di sini menjadi rujukan serta pemangkin buat staf baru. Moga Allah membalas segala jasa kalian.

Selamat datang diucapkan buat staf yang akan menerajui Bahagian Katalog PTAR.


Penstrukturan staf PTAR (Kumpulan Sokongan)

Adalah dimaklumkan Mesyuarat Khas Penstrukturan Bil 1/2012 dan Mesyuarat PPSM PTAR Bil. 1/2012 yang diadakan pada 20 Januari 2012 telah memutuskan penempatan staf PTAR untuk berkhidmat ke Jabatan dan Bahagian yang terlibat. Ia mula berkuatkuasa mulai 1 Februari 2012. Berikut adalah senarai tersebut:
  • Rabiatun binti Mansur | JPSI » Pejabat Ketua Pustakawan
  • Hasnah binti Abd. Malik | JPPO » Jabatan Perkhidmatan Akademik
  • Marlia Hanie Md. Said | BPB » PTAR 3
  • Mohd Norfaiz Abdul Rashid | BPBPT » PTAR 2
  • Silsoh bin Khairol | BPBPT » PTAR 4
  • Intan Syafinaz Mohd Ali | JPM » JPP (Learning Common)
  • Zharif Farhan Muhamad Pauzi | JPPO » JPP (Learning Common)
  • Nurul Asihkin Selamat - BPBPT » JPP (Learning Common)
  • Mohd. Farid Mohamed Said | PTAR 4 » (Learning Common)
  • Fadzilah Mohd Ali | PTAR 3 » JPP (Unit Media)
  • Mohd Shariman Mat Sopari | PTAR 3 » JPP (Unit Media)
  • Mohd. Zamalhuri Mustapha | BPBPT » JPP
  • Abdul Fatah Abdul Razak | JPSTM » INTEC (dipinjamkan)

Selamat bertugas ditempat baru....


Carta organisasi BTBPT

Berikut merupakan carta organisasi BPBPT terkini. Maklumat ini akan dikemaskini dari masa ke semasa tertakluk kepada perubahan:


Updated Jan 8, 2012
Changelog: New for 2012
Direct Link: BPBPT 2012 (v.1)
Prepared by: Mohd Izwan Salim


Staf mendapat cahaya mata - Zuhaslinda



Tahniah diucapkan buat Pn. Zuhaslinda sekeluarga.


Program BPBPT 2012

Tajuk Kursus / Latihan: Bengkel Pemantapan Penetapan Penjilidan
Objektif: Mengemaskini prosedur dan penetapan penjilidan PUiTM
Cadangan tarikh: 31 Jan. 2012

Tajuk Kursus / Latihan: Lawatan Kerja ke IPTA Terpilih
Objektif: Membuat penanda arasan proses kerja pengkatalogan dan penjilidan
Cadangan tarikh: 28 Feb. 2012

Tajuk Kursus / Latihan: Kursus Asas Pengkatalogan Bahan Perpustakaan Bagi Pembantu Perpustakaan
Objektif:
i. Meningkatkan kemahiran pengkatalogan bahan monograf dan terbitan bersiri
ii Memberi pemahaman tentang bahan perpustakaan, pengenalan tentang sistem pengkelasan bahan dan memberi panduan bagi memudahkan penyusunan bahan di rak
Cadangan tarikh: 28 Mac 2012

Tajuk Kursus / Latihan: Bengkel Modul Binding PUiTM
Objektif: Meningkatkan kemahiran penggunaan Modul Binding (ILMU)
Cadangan tarikh: 17 - 18 April 2012

Tajuk Kursus / Latihan: Bengkel MARC21
Objektif:
i. Memberi pendedahan dan pemahaman MARC21 yang digunakai
ii. Mendedahkan peserta kepada perkembangan Sistem MARC21
Cadangan tarikh: 26 - 28 Jun 2012

Tajuk Kursus / Latihan: Kursus Lanjutan Penjilidan
Objektif: Meningkatkan kemahiran penjilidan
Cadangan tarikh: 27 - 29 November 2012