Hasil Perbincangan BPBPT dan BPB

Hasil perbincangan selama 2 jam 30 minit diantara Bahagian Pembangunan Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal (BPBPT) bersama Bahagian Perolehan Bahan (BPB) yang diadakan pada 11 Januari 2011 adalah seperti berikut:

Pihak BPB telah bersetuju untuk memasukkan 3 atau 4 tag bagi setiap bahan yang diterima:
* Tag 020 - ISBN
* Tag 100 - Pengarang
* Tag 245 - Judul
* Tag 260 - Maklumat Penerbitan

Selepas proses Receiving, bahan akan dihantar kepada Pembantu Perpustakaan BPBPT untuk melengkapkan rekod, mengasingkan dup (naskah tambahan)

Bermula tahun ini rekod e-books akan diuruskan oleh Gugusan GD
---------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi rekod yang hilang dalam tempoh 16 Dis 2010 - 7 Januari 2011, kerja create rekod perlu dilaksanakan. Pihak PTAR telah memohon OT bagi kerja-kerja tersebut dari jam 5.30 ptg - 10.00 mlm iaitu:
  • Membuat Pra Pengkatalogan dengan memasukkan 3 atau 4 tag (020, 100, 245 & 260) bagi tiap-tiap rekod bahan sebanyak 3000 rekod.
  • Membuat kerja Release for Circulation - Menukar status bahan dari Final processing ke Available sebanyak 1500 naskah bahan.
Tuan puan boleh terus create rekod yang hilang tempohari, sekiranya buku semasa tidak banyak dan telah diselesaikan.

0 comments:

Post a Comment