Majlis Perpisahan Staf BPBPT

Bertemua dan berpisah
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita gar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Begitulah lirik lagu Bertemu dan Berpisah, lagu yang sering dinyanyikan oleh pasukan pengangkap.

Ini merupakan majlis perpisahan terbesar dan terakhir bagi BPBPT. Terbesar bermaksud majlis ini meraikan sejumlah staf BPBPT yang besar iaitu seramai 10 orang di mana melibatkan sebahagian besar pustakawan katalog (tinggal en. miri sorang jer...). Manakala terakhir bermaksud, nama BPBPT mungkin akan diubah kepada nama lain berikutan penstrukturan semula bahagian / jabatan di PTAR.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan selamat tinggal buat staf yang akan meninggalkan BPBPT serta selamat datang kepada staf baru oleh ketua bahagian - Pn. Mariah Baharudin.

Kemudian diikuti ucapan individu staf yang akan meninggalkan bahagian. Sebak rasanya. Malah terdapat staf yang sebelum sempat menutur kata.


Majlis diteruskan dengan penyampaian saguhati tanda kenangan kepada staf yang akan bersara. *En Ariffin hanya mewakili Pn Zuhaslinda yang akan berpindah ke BPSTM, kini beliau sedang cuti bersalin...


Diharapkan perpisahan ini hanya perpisahan diantara tugas dan tanggungjawab kepada PTAR. Hubungan ukhuwah yang terjalin harap tersimpul rapi buat selamanya.

Terima kasih semua............




2 comments:

Anonymous said...

All the best Wan!

z.u.h.a.s.l.i.n.d.a. said...

uhuk uhuk.. jelesnye gambar zue takde..

Post a Comment