Phishing Mail - Upgrade your Mail Account

Lately, beberapa staf dari UiTM melaporkan mereka menerima email dari Administrator bahawa server email UiTM telah dinaiktaraf, oleh itu pengguna (staf) dikehendaki mengemaskini maklumat akaun mereka. AWAS, email ini adalah satu penipuan (phishing).

Bagi mereka yang kurang peka terhadap email ini, mereka akan membalas dengan membuka link yang telah disediakan (dengan nama yang di yakini) walhal email itu ke sebuah laman web perkhidmatan e-form iaitu http://www.123contactform.com/.

Malah email tersebut dihantar oleh webmasterr@uitm.edu.my. Perhatikan ejaan webmaster tersebut.

Diharap, semua staf mengabaikan email ini.

1 comments:

Post a Comment