Bengkel Pembentangan Produk OCLC

Pada 19 Januari 2010 (Selasa) bertempat di perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIA) telah diadakan bengkel pembentangan produk OCLC (Online Computer Library Centre) oleh Presiden OCLC Asia Pacific, Mr. Andrew Wang dan Pengarah Eksekutif OCLC Asia Pasific, Miss Tsui Shu En dari Ohio, USA. Kemudian diikuti dengan taklimat 'How to cope with STRESS' yang telah disampaikan oleh Dr. Sakinah Bt. Ali Abul Hassan, Director Medical Services Qualitas Medical Group.

Peserta yang hadir terdiri daripada semua pustakawan dari pelbagai universiti, ketua-ketua pustakawan dan pensyarah-pensyarah sains perpustakaan. Wakil peserta dari PTAR terdiri daripada:
1. Puan Nor Aziah Abdullah
2. Puan Khasiah Zakaria
3. Encik Ahamad Zuber Mohamed
4. Encik Mohd Hafiz Kasirun
5. Cik Zuhaslinda Sulaiman (BPBPT)
6. Cik Siti Rohayu Mohd Yusof
7. Encik Muhamad Nasrul bin Hussain

Salah satu produk yang diperkenalkan oleh OCLC adalah WorldCat Local yang bertujuan memudahkan pencarian maklumat dengan hanya menggunakan satu perkataan (by one search) dan ia akan mengumpulkan semua maklumat dari pelbagai universiti yang telah melanggan produk mereka. WorldCat Local juga berfungsi sebagai pusat maklumat (database) yang digunakan oleh universiti-universiti di USA. Ia juga menyediakan kemudahan seperti 'image display' untuk muka depan buku, isi kandungan dan pendapat dari universiti-universiti yang lain. Setakat ini, mereka telah mengumpulkan lebih dari 160 juta rekod bibliografik dari lebih 10,000 perpustakaan di seluruh negara.

Berikut adalah contoh-contoh link universiti yang telah melanggan produk ini:
Pada sebelah petang, taklimat mengenai stress telah disampaikan oleh Dr. Sakinah selama sejam dengan menerangkan tentang gejala-gejala stress dan cara mengatasinya. Taklimat ini berakhir pada jam 5 petang dan diakhiri dengan minum petang.

Sumber lain di : Khazanah Maktabah-Zuber

0 comments:

Post a Comment