Pemangku KP - En Noor Hidayat bin Adnan

Berkuat kuasa mulai 16 Mei 2011 hingga 15 November 2011, Encik Noor Hidayat bin Adnan - Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dilantik sebagai Pemangku Ketua Pustakawan PTAR.

Ia telah diputuskan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan UiTM melalui mesyuarat yang ke-125 pada 10 Mei 2011.

Wagra BPBPT mengucapkan tahniah di atas lantikan tersebut.


Gotong - royong 5S, Bil. 1 2011

Rentetan dari mesyuarat 5S BPBPT yang lepas, satu gotong-royong telah diadakan pada hari Jumaat minggu terakhir bulan Mei selepas solat Jumaat. Antara perkara yang dirancang adalah:

1. membersih, memasang serta menguji lari hiasan kolam di BPBPT.
2. mengecat dinding di belakang En. Amiri, Faiz dan Yusri.
3. membuat signage BPBPT bagi dilekatkan di dinding.

Gotong-royong ini sebenarnya telah dimulakan awal (pada hari sebelumnya) bagi beberapa aktiviti. Ini bagi memudahkan penyediaan perkakas yang akan digunakan pada keesokkan harinya. Tambahan, terdapat beberapa staf yang tidak dapat hadir pada hari gotong-royong tersebut.

Program gotong-royong ini ditamatkan pada jam 4.45 petang dengan di akhiri dengan sedikit jamuan ringan disediakan oleh staf melalui pot luck.

Terdapat beberapa perkara yang tergendala kerana memerlukan perancangan yang teliti serta kekurangan peralatan. Ia akan disiapkan pada hari Isnin, 30hb.


Antara aksi yang sempat dirakam --> Gotong-royong 5S, 2011 (via FB)
Sambungan gotong-royong (Isnin) --> Sambung Gotong-royong (via FB)


Barrier gate menggunakan kad ID


Makluman kepada semua staf BPBPT. BPP telah mewajibkan penggunaan kad ID bagi mengakses barrier gate di pintu masuk PTAR aras 2 (pintu masuk hadapan).

Assalamualaikum

Mulai 26 Mei 2011, penggunaan "barrier gate" telah dikuatkuasakan. Semua staf yang ingin keluar/masuk menggunakan pintu masuk utama PTAR 1 perlu menggunakan kad staf masing-masing. Staf yang mempunyai masalah dengan kad boleh merujuk Kaunter Bahagian Perkhidmatan Pelanggan untuk pengaktifan kad. Harap maklum.

Mohd Fahizan Hamid
Pustakawan
Bahagian Perkhidmatan Pelanggan
Perpustakaan Tun Abdul Razak 1
UiTM Shah Alam
03-55443718


Mesyuarat 5S (Bil.1 2011)

Kumpulan AKTIF yang merupakan kumpulan 5s BPBPt telah mengadakan mesyuarat pertama pada hari ini (25hb Mei, 2011). Mesyuarat mengambil tempat di Bilik Mesyuarat PTAR 1 selama 2 jam iaitu bermula 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Kumpulan AKTIF iaitu saudara Fariz manakala minit mesyuarat dicatit oleh saudari Nurul Asihkin.

Beberapa perkara telah dibincangkan serta persepakatan dicapai. Antara perkara atau isu dibawa adalah:
  1. Ketua zon - kekal bagi ketiga-tiga zon.
  2. Sudut 5S BPBPT - cadangan agar dipasang papan kenyataan.
  3. Gotong-royong 5S - setiap hari Jumaat hujung setiap bulan.
  4. Audit dalaman BPBPT - diketuai En. Ariffin.
  5. Penggantian imej buah-buahan kepada sesuatu yang lebih akademik.
  6. En. Ahmad Amiri dilantik ketua kolam BPBPT
  7. En. Silsoh dilantik membuat papan tanda kedudukan staf.
  8. En. Izwan mengetuai signage BPBPT.
  9. lain-lain (sila rujuk minit mesyuarat)
Staf BPBPT tekun memberi tumpuan dalam mesyuarat

PERHATIAN: GOTONG-ROYONG PERDANA BPBPT AKAN DIADAKAN PADA 27hb Mei, 2011 BERMULA 3.00 - 5.00.


Bengkel Sokongan Penyelidikan Pustakawan PUiTM 2011

Jabatan Sokongan Penyelidikan Perpustakaan Tun Abdul Razak telah mengadakan Bengkel Sokongan Penyelidikan Pustakawan PUiTM 2011.

Bengkel tersebut diadakan selama 2 hari bermula 24hb hingga 25hb Mei 2011. Pustakawan BPBPT yang terlibat dengan bengkel tersebut adalah En. Mohd Izwan Bin Salim dan Pn. Zuhaslinda binti Sulaiman.

Antara tajuk yang dibentang adalah:
  1. Peranan Pustakawan menyokong aktiviti penyelidikan universiti : pengalaman Perpustakaan Universiti Malaya oleh Dr. Nor Edzan Che Nasir, Ketua Pustakawan Perpustakaan Universiti Malaya
  2. Plagiarisma oleh Pn. Azlina Mohd Hussain, Penolong Pendaftar Pejabat Penasihat Undang-undang UiTM
  3. Penggunaan Online Survey untuk peningkatan kualiti perkhidmatan oleh En. Mohd. Alfarabie bin Mohd. Nasir, Pustakawan PTAR FSPU
  4. UDL Theses Malaysian & International Fulltext Theses, Dissertations & journals oleh Puan Asmunah Bt Muzaini,Aquisition Manager Universe Digital Library Sdn. Bhd.
  5. Latihan penggunaan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) oleh Prof Madya Zuraidah Mohd Sanusi & Prof Madya Dr. Jamaliah Said Pensyarah Fakulti Perakaunan
  6. Sage Research Method Online (SRMO) oleh Ms Shirley, Access Dunia Sdn Bhd
  7. Status Penyelidikan UiTM oleh Pn. Asmah Maaroff, Timbalan Ketua Pustakawan
  8. Latihan penggunaan EndNotes & WizFolio oleh En.Shahrol Nizam Johol dan Cik Siti Rohayu Mohd Yusof, Pustakawan JSP


Pelajar Praktikel FPM (Mei 2011)


Bagi bulan sesi Mei 2011, BPBP telah menerima seramai 6 orang pelajar dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM. Mereka telah dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu:

Kumpulan 1 (foto kiri):
1. Nur Faseha binti Mohd Kadim (2009291948)
2. Nurul Izzati binti Mohd. Noor (2009477796)
3. Muhammad Syafiq bin Mohd. Bakri (2009886992)

Kumpulan 2 (foto kanan):
1. Siti Nasirah binti Abdul Malek (2009200784)
2. Nur Nazurah binti Shaharuddin (2009698426)
3. Anis Aziyah binti Azhar (2009803548)


Pelajar Praktikel FPM (Master) (Mei 2011)


Ilina Syazwani binti Musa (2010207518) dan Mohd. Ruhaifi bin Ab. Razak (2010225456) merupakan kumpulan pelajar pertama dari Sarjana Sains Perpustakaan (IM772) yang membuat latihan praktikal di PTAR.

Pelajar praktikal mendapat penerangan dari pembantu perpustakaan (Asihkin dan Fariz)

BPBPT difahamkan walaupun mereka pelajar sarjana (master), namum mereka perlu menjalani latihan praktikal ini kerana mereka tidak mempunyai latarbelakang pendidikan (peringkat diploma / sarjana muda) dalam bidang perpustakaan.


Salam Hari Pekerja 2011


BPBPT mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja 2011.
"Pekerja Merealisasi Transformasi Negara"