Gotong - royong 5S, Bil. 1 2011

Rentetan dari mesyuarat 5S BPBPT yang lepas, satu gotong-royong telah diadakan pada hari Jumaat minggu terakhir bulan Mei selepas solat Jumaat. Antara perkara yang dirancang adalah:

1. membersih, memasang serta menguji lari hiasan kolam di BPBPT.
2. mengecat dinding di belakang En. Amiri, Faiz dan Yusri.
3. membuat signage BPBPT bagi dilekatkan di dinding.

Gotong-royong ini sebenarnya telah dimulakan awal (pada hari sebelumnya) bagi beberapa aktiviti. Ini bagi memudahkan penyediaan perkakas yang akan digunakan pada keesokkan harinya. Tambahan, terdapat beberapa staf yang tidak dapat hadir pada hari gotong-royong tersebut.

Program gotong-royong ini ditamatkan pada jam 4.45 petang dengan di akhiri dengan sedikit jamuan ringan disediakan oleh staf melalui pot luck.

Terdapat beberapa perkara yang tergendala kerana memerlukan perancangan yang teliti serta kekurangan peralatan. Ia akan disiapkan pada hari Isnin, 30hb.


Antara aksi yang sempat dirakam --> Gotong-royong 5S, 2011 (via FB)
Sambungan gotong-royong (Isnin) --> Sambung Gotong-royong (via FB)

0 comments:

Post a Comment