Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Felda Negeri Pahang

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak bersama Perpustakaan Al Bukhari UiTM Jengka dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang telah berjaya menganjurkan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Felda Negeri Pahang pada 18 - 20hb Mei 2010 bertempat di Hotel Seri Malaysia Kuantan, Pahang.

Bengkel selama 3 hari 2 malam ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Pengarah Kampus UiTM Jengka Y. Hormat Prof Madya Dato' Hj Hilmi b. Ab Rahman. Sebanyak 7 kertas kerja telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Tn Hj Haron Wee Ah Boo (PTAR), Dr Dang Merduwati Hj Hashim (FPM), Y. Bhg. Datin Nor madiah Che Abbas (Kementerian Pendidikan) dan Pn Hamidah A. Rahman (FPM)

Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada Guru-guru Penyelaras Pusat Sumber sekolah Menengah Felda dan Pegawai dari bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang dan Kuala Lumpur telah menyertai bengkel pada kali ini. Maklumbalas awal mendapati bengkel ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari para guru dan pengisian bengkel yang sangat membantu dalam pengendalian pusat sumber yang cemerlang mengikut piawaian-piawaian yang ditetapkan.

Penganjuran bengkel kali ke -14 ini telah melabuhkan tirainya pada 20 Mei 2010 dengan ucapan perasmian penutup oleh Tn Hj Raof Hj Jali (BTPN Pahang). sekalung tahniah dan syabas kepada jawatankuasa PTAR dan jawatankuasa dari Perpustakaan Al Bukhari yang diketuai oleh Pn Rosnita Ja'afar dan pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang yang banyak membantu dalam menjayakan bengkel ini. Staf BPBPT yang telah membantu sbg fasilitator sepanjang bengkel dijalankan adalah Pn. Noor Hayati Abu Kasim & Pn. Nurul Diana Jasni.

arrow Laporan oleh : Pn. Faridah Talib
Pengerusi Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Felda Negeri Pahang.

0 comments:

Post a Comment