Mesyuarat BPBPT Bil. 2

Tarikh : 5 Februari 2010

Masa : 9.00 pagi - 12.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat

Mesyuarat bahagian ini merupakan mesyuarat yang pertama melibatkan semua staf di BPBPT. Namun begitu, mesyuarat ini tidak melibatkan staf dari Unit Jilidan.

Mesyuarat ini di pengerusikan oleh Pn Asmah Maaroff, Ketua Bahagian BPBPT manakala pencatat minit pula ialah Cik Zuhaslinda.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan permasalahan yang timbul di dalam proses kerja BPBPT. Lain-lain makluman juga disampaikan oleh pengerusi.
Antara perkara yang diputuskan didalam mesyuarat ini adalah:
  1. Jawatan Pegawai Rekod masih kekal disandang En. Mohd Izwan Salim.
  2. Bendahari BPBPT disandang oleh Cik Nurul Asihkin.
  3. Blog BPBPT diperkenalkan kepada warga BPBPT.
  4. Cadangan latihan BPBPT tahun 2010 - pengerusi bagi setiap aktiviti tersebut dilantik.
  5. Proses bahan katografik (peta) diteruskan kepada menampal label.
  6. Semua penetapan bahan (soft copy) perlu diberi kepada Pn. Baimah terlebih dahulu sebelum dimuat naik ke blog.
Diharap mesyuarat ini dapat menyelesaikan beberapa kekeliruan dan segala makluman dapat disampaikan kepada staf BPBPT.

0 comments:

Post a Comment