Kursus Asas KIK




Tarikh : 2, 3 & 4 Februari 2010
Masa : 8 pg - 5 ptg
Tempat : Dewan Al-Ghazali, JPbSM

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan mengenai asas-asas dan pengenalan tentang KIK kepada staf-staf UiTM khususnya bagi staf-staf baru supaya mereka mendapat gambaran sebenar mengenai KIK. Kursus ini berlangsung selama 3 hari dan disertai seramai 40 orang dari semua cawangan UiTM. Wakil dari PTAR adalah seramai 15 orang dan dari BPBPT pula dihadiri oleh 2 orang staf iaitu :

1. Cik Zuhaslinda Sulaiman (Pustakawan)
2. Cik Nurul Ashikin Selamat (Pem. Perpustakaan)

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:

1. Pengenalan dan asas-asas dalam KIK
2. Pembentukan kumpulan, logo, slogan dan etika kumpulan
3. Proses-proses menentukan tema dan permasalahan
4. Rajah-rajah yang digunakan sebagai analisis permasalahan (Rajah Pareto, Rajah Ishikawa, dll.)
5. Cara-cara menyelesaikan permasalahan (PDCA)

Melalui kursus asas ini, staf baru telah mendapat maklumat dan pengetahuan yang amat berguna yang boleh dijadikan panduan pada masa akan datang untuk penambahbaikan secara berterusan di organisasi masing-masing.

2 comments:

۩ ! ž µ ® ä ۩ said...

so, tahun ni zue masuk kik ar heh....??
caya la...
aper projek.???

z.u.e said...

ala izwan...zue pun xtau cmne name bleh naik sbb yg pegi kursus ni kebykkan yg mmg minta kursus tu..xde plan ape2 pun..huhu

Post a Comment