Warga BPBPT mengucapkan selamat datang kepada staf baru kemasukan Februari 2010 ke Bahagian Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan Teknikal PTAR 1. Kumpulan tersebut terdiri daripada:
- Baizura bt. Johari - Pegawai Eksekutif N27
- Rubiah bt. Rajikan - Pegawai Eksekutif N27
- Seri Ida Idayu bt. Sarffuddin - Pemb. Perpustakaan S17
- Aimi bt. Ahmad - Pemb. Perpustakaan S17
- Fatimah bt. Harith - Pemb. Perpustakaan S17
- Damahuri bin Mohamad Ramli - Pemb. Perpustakaan S17
- Mohd Paizal bin Usman - Pemb. Perpustakaan S17
- Muhammad Sadrudin bin Salehuddin - Pemb. Perpustakaan S17
Warga BPBPT mengucapkan tahniah serta memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kepada staf Unit Jilidan, BPBPT - Pn. Pn. Effiza Sazliana Mohd Salleh kerana telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pukul 1.00 a.m bertarikh 5 Februari 2010 bersamaan hari Jumaat.
Beliau kini ditempatkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di wad 3 katil 19.
Kami mendoakan semoga beliau serta cahaya mata mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat, murah rezeki, panjang umur serta dikurniakan kesihatan sepanjang masa. Amin....
5
Feb
Feb
Mesyuarat BPBPT Bil. 2
Masa : 9.00 pagi - 12.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Mesyuarat bahagian ini merupakan mesyuarat yang pertama melibatkan semua staf di BPBPT. Namun begitu, mesyuarat ini tidak melibatkan staf dari Unit Jilidan.
Mesyuarat ini di pengerusikan oleh Pn Asmah Maaroff, Ketua Bahagian BPBPT manakala pencatat minit pula ialah Cik Zuhaslinda.
Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan permasalahan yang timbul di dalam proses kerja BPBPT. Lain-lain makluman juga disampaikan oleh pengerusi.
Antara perkara yang diputuskan didalam mesyuarat ini adalah:
- Jawatan Pegawai Rekod masih kekal disandang En. Mohd Izwan Salim.
- Bendahari BPBPT disandang oleh Cik Nurul Asihkin.
- Blog BPBPT diperkenalkan kepada warga BPBPT.
- Cadangan latihan BPBPT tahun 2010 - pengerusi bagi setiap aktiviti tersebut dilantik.
- Proses bahan katografik (peta) diteruskan kepada menampal label.
- Semua penetapan bahan (soft copy) perlu diberi kepada Pn. Baimah terlebih dahulu sebelum dimuat naik ke blog.
Diharap mesyuarat ini dapat menyelesaikan beberapa kekeliruan dan segala makluman dapat disampaikan kepada staf BPBPT.
5
Feb
Feb
Kursus Asas KIK
Tarikh : 2, 3 & 4 Februari 2010
Masa : 8 pg - 5 ptg
Tempat : Dewan Al-Ghazali, JPbSM
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan mengenai asas-asas dan pengenalan tentang KIK kepada staf-staf UiTM khususnya bagi staf-staf baru supaya mereka mendapat gambaran sebenar mengenai KIK. Kursus ini berlangsung selama 3 hari dan disertai seramai 40 orang dari semua cawangan UiTM. Wakil dari PTAR adalah seramai 15 orang dan dari BPBPT pula dihadiri oleh 2 orang staf iaitu :
1. Cik Zuhaslinda Sulaiman (Pustakawan)
2. Cik Nurul Ashikin Selamat (Pem. Perpustakaan)
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:
1. Pengenalan dan asas-asas dalam KIK
2. Pembentukan kumpulan, logo, slogan dan etika kumpulan
3. Proses-proses menentukan tema dan permasalahan
4. Rajah-rajah yang digunakan sebagai analisis permasalahan (Rajah Pareto, Rajah Ishikawa, dll.)
5. Cara-cara menyelesaikan permasalahan (PDCA)
Melalui kursus asas ini, staf baru telah mendapat maklumat dan pengetahuan yang amat berguna yang boleh dijadikan panduan pada masa akan datang untuk penambahbaikan secara berterusan di organisasi masing-masing.
Warga BPBPT mengucapkan tahniah kepada kumpulan KIK BPBPT - SOLVE kerana memenangi pingat perak pada Invention, Innovation & Design (IID) 2010 anjuran Research Management Institute (RMI) pada 12-14 Januari 2010.
Kumpulan Solve dengan ciptaan Solve Machine Cutter telah mendapat kepercayaan RMI untuk menyertai Malaysia Technology Expo (MTE) 2010. Expo tersebut akan diadakan pada
Tarikh: 4 - 6 Feb 2010
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) KL
Kumpulan Solve dengan ciptaan Solve Machine Cutter telah mendapat kepercayaan RMI untuk menyertai Malaysia Technology Expo (MTE) 2010. Expo tersebut akan diadakan pada
Tarikh: 4 - 6 Feb 2010
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) KL
» Info. MTE «
Malaysia Technology Expo 2010 - the largest invention and innovation Expo in Malaysia, well participated by local and international private organizations, government and higher learning institutions.
Listed as 'Malaysia's Largest Science & Technology Event' in the Malaysian Book of Records in the year 2001, the Malaysia Technology Expo has since grown from strength to strength with 10,500 visitor at MTE 2009.
Themed "Driving Innovation Towards Commercialization", MTE 2010 is set to surpass its success in year 2009 by offering a wealth of new ideas, new solutions, and new opportunities in propelling innovation towards business, marketing and industrial growth.
It is an exclusive promotional platform to market products to potential investors and partners. It is a perfect place to build organisation’s brand and network with industry players. It is a knowledge podium for fresh ideas, information sharing and new business opportunities.
The exhibition will be held between 04 – 06 Feb 2010 at Putra World Trade Centre (PWTC). http://mte2010.protempgroup.com/
Listed as 'Malaysia's Largest Science & Technology Event' in the Malaysian Book of Records in the year 2001, the Malaysia Technology Expo has since grown from strength to strength with 10,500 visitor at MTE 2009.
Themed "Driving Innovation Towards Commercialization", MTE 2010 is set to surpass its success in year 2009 by offering a wealth of new ideas, new solutions, and new opportunities in propelling innovation towards business, marketing and industrial growth.
It is an exclusive promotional platform to market products to potential investors and partners. It is a perfect place to build organisation’s brand and network with industry players. It is a knowledge podium for fresh ideas, information sharing and new business opportunities.
The exhibition will be held between 04 – 06 Feb 2010 at Putra World Trade Centre (PWTC). http://mte2010.protempgroup.com/
Kami di BPBPT mendoakan agar di beri kekuatan serta keyakinan kepada ahli kumpulan Solve serta memperoleh kejayaan di expo tersebut.
Tarikh : 2 Februari 2010
Masa : 10.00 pagi - 12.00 pagi
Tempat : Pusat IT 1
Latihan e-book telah diadakan oleh pihak pembekal Gale Cengage Learning.
Latihan ini merangkumi:-
- cara penggunaan
- kandungan pangkalan data
- demo carian
Antara staf BPBPT yang yang terlibat adalah En Izwan Salim, Pn. Noor Hayati dan Pn. Norazlin.
Gale Virtual Reference Library
Gale Virtual Reference Library
Majlis perasmian dan Pameran
Tarikh : 1 Februari 2010
Masa : 3.00 pagi - 4.00 pagi
Tempat : Ruang pameran PTAR 1
Tarikh : 1 Februari 2010
Masa : 3.00 pagi - 4.00 pagi
Tempat : Ruang pameran PTAR 1
PNB/ASNB dengan kerjasama PTAR UiTM Shah Alam telah mengadakan Pameran Minggu Pelaburan selama seminggu bermula 1 Februari 2010 sehingga 5 Februari 2010.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Hj.Haron Wee Ah Boo dan tetamu jemputan adalah En.Razali Mohd Zain Pengurus ASNB Cawangan Selangor dan beberapa orang wakil daripada Permodalan Nasional Berhad.
Pameran ini bertujuan mempromosikan produk pelaburan yang dikendalikan oleh pihak PNB. Selain itu, bebrapa sesi ceramah berkaitan pengurusan kewangan akan diadakan. Antara lain cabutan bertuah juga terdapat bagi memeriahkan pameran.
Sumber lain: Perpustakaan UiTM
Subscribe to:
Posts (Atom)