Berkuat kuasa mulai 16 Mei 2011 hingga 15 November 2011, Encik Noor Hidayat bin Adnan - Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dilantik sebagai Pemangku Ketua Pustakawan PTAR.Ia telah diputuskan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan UiTM melalui mesyuarat yang ke-125 pada 10 Mei 2011.
Wagra BPBPT mengucapkan tahniah di atas lantikan tersebut.
Rentetan dari mesyuarat 5S BPBPT yang lepas, satu gotong-royong telah diadakan pada hari Jumaat minggu terakhir bulan Mei selepas solat Jumaat. Antara perkara yang dirancang adalah:1. membersih, memasang serta menguji lari hiasan kolam di BPBPT.
2. mengecat dinding di belakang En. Amiri, Faiz dan Yusri.
3. membuat signage BPBPT bagi dilekatkan di dinding.Gotong-royong ini sebenarnya telah dimulakan awal (pada hari sebelumnya) bagi beberapa aktiviti. Ini bagi memudahkan penyediaan perkakas yang akan digunakan pada keesokkan harinya. Tambahan, terdapat beberapa staf yang tidak dapat hadir pada hari gotong-royong tersebut.
Program gotong-royong ini ditamatkan pada jam 4.45 petang dengan di akhiri dengan sedikit jamuan ringan disediakan oleh staf melalui pot luck.
Terdapat beberapa perkara yang tergendala kerana memerlukan perancangan yang teliti serta kekurangan peralatan. Ia akan disiapkan pada hari Isnin, 30hb.
Antara aksi yang sempat dirakam --> Gotong-royong 5S, 2011 (via FB)
Sambungan gotong-royong (Isnin) --> Sambung Gotong-royong (via FB)
Makluman kepada semua staf BPBPT. BPP telah mewajibkan penggunaan kad ID bagi mengakses barrier gate di pintu masuk PTAR aras 2 (pintu masuk hadapan).
Assalamualaikum
Mulai 26 Mei 2011, penggunaan "barrier gate" telah dikuatkuasakan. Semua staf yang ingin keluar/masuk menggunakan pintu masuk utama PTAR 1 perlu menggunakan kad staf masing-masing. Staf yang mempunyai masalah dengan kad boleh merujuk Kaunter Bahagian Perkhidmatan Pelanggan untuk pengaktifan kad. Harap maklum.
Mohd Fahizan Hamid
Pustakawan
Bahagian Perkhidmatan Pelanggan
Perpustakaan Tun Abdul Razak 1
UiTM Shah Alam
03-55443718
Kumpulan AKTIF yang merupakan kumpulan 5s BPBPt telah mengadakan mesyuarat pertama pada hari ini (25hb Mei, 2011). Mesyuarat mengambil tempat di Bilik Mesyuarat PTAR 1 selama 2 jam iaitu bermula 3.00 petang hingga 5.00 petang.Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Kumpulan AKTIF iaitu saudara Fariz manakala minit mesyuarat dicatit oleh saudari Nurul Asihkin.
Beberapa perkara telah dibincangkan serta persepakatan dicapai. Antara perkara atau isu dibawa adalah:
- Ketua zon - kekal bagi ketiga-tiga zon.
- Sudut 5S BPBPT - cadangan agar dipasang papan kenyataan.
- Gotong-royong 5S - setiap hari Jumaat hujung setiap bulan.
- Audit dalaman BPBPT - diketuai En. Ariffin.
- Penggantian imej buah-buahan kepada sesuatu yang lebih akademik.
- En. Ahmad Amiri dilantik ketua kolam BPBPT
- En. Silsoh dilantik membuat papan tanda kedudukan staf.
- En. Izwan mengetuai signage BPBPT.
- lain-lain (sila rujuk minit mesyuarat)
Staf BPBPT tekun memberi tumpuan dalam mesyuarat
PERHATIAN: GOTONG-ROYONG PERDANA BPBPT AKAN DIADAKAN PADA 27hb Mei, 2011 BERMULA 3.00 - 5.00.
PERHATIAN: GOTONG-ROYONG PERDANA BPBPT AKAN DIADAKAN PADA 27hb Mei, 2011 BERMULA 3.00 - 5.00.
Bengkel tersebut diadakan selama 2 hari bermula 24hb hingga 25hb Mei 2011. Pustakawan BPBPT yang terlibat dengan bengkel tersebut adalah En. Mohd Izwan Bin Salim dan Pn. Zuhaslinda binti Sulaiman.
Antara tajuk yang dibentang adalah:
- Peranan Pustakawan menyokong aktiviti penyelidikan universiti : pengalaman Perpustakaan Universiti Malaya oleh Dr. Nor Edzan Che Nasir, Ketua Pustakawan Perpustakaan Universiti Malaya
- Plagiarisma oleh Pn. Azlina Mohd Hussain, Penolong Pendaftar Pejabat Penasihat Undang-undang UiTM
- Penggunaan Online Survey untuk peningkatan kualiti perkhidmatan oleh En. Mohd. Alfarabie bin Mohd. Nasir, Pustakawan PTAR FSPU
- UDL Theses Malaysian & International Fulltext Theses, Dissertations & journals oleh Puan Asmunah Bt Muzaini,Aquisition Manager Universe Digital Library Sdn. Bhd.
- Latihan penggunaan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) oleh Prof Madya Zuraidah Mohd Sanusi & Prof Madya Dr. Jamaliah Said Pensyarah Fakulti Perakaunan
- Sage Research Method Online (SRMO) oleh Ms Shirley, Access Dunia Sdn Bhd
- Status Penyelidikan UiTM oleh Pn. Asmah Maaroff, Timbalan Ketua Pustakawan
- Latihan penggunaan EndNotes & WizFolio oleh En.Shahrol Nizam Johol dan Cik Siti Rohayu Mohd Yusof, Pustakawan JSP


Bagi bulan sesi Mei 2011, BPBP telah menerima seramai 6 orang pelajar dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM. Mereka telah dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu:
Kumpulan 1 (foto kiri):
1. Nur Faseha binti Mohd Kadim (2009291948)
2. Nurul Izzati binti Mohd. Noor (2009477796)
3. Muhammad Syafiq bin Mohd. Bakri (2009886992)
Kumpulan 2 (foto kanan):
1. Siti Nasirah binti Abdul Malek (2009200784)
2. Nur Nazurah binti Shaharuddin (2009698426)
3. Anis Aziyah binti Azhar (2009803548)
Kumpulan 1 (foto kiri):
1. Nur Faseha binti Mohd Kadim (2009291948)
2. Nurul Izzati binti Mohd. Noor (2009477796)
3. Muhammad Syafiq bin Mohd. Bakri (2009886992)
Kumpulan 2 (foto kanan):
1. Siti Nasirah binti Abdul Malek (2009200784)
2. Nur Nazurah binti Shaharuddin (2009698426)
3. Anis Aziyah binti Azhar (2009803548)

Ilina Syazwani binti Musa (2010207518) dan Mohd. Ruhaifi bin Ab. Razak (2010225456) merupakan kumpulan pelajar pertama dari Sarjana Sains Perpustakaan (IM772) yang membuat latihan praktikal di PTAR.
Pelajar praktikal mendapat penerangan dari pembantu perpustakaan (Asihkin dan Fariz)
BPBPT difahamkan walaupun mereka pelajar sarjana (master), namum mereka perlu menjalani latihan praktikal ini kerana mereka tidak mempunyai latarbelakang pendidikan (peringkat diploma / sarjana muda) dalam bidang perpustakaan.
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepada kamu sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada kawan atau teman (yang boleh memberi manfaat) serta tidak adanya pertolongan syafaat. (Surah Al-Baqarah : ayat 254)
Sedekah yang paling utama dan yang paling baik ialah sedekah yang diberikan ketika ia mampu. Dan tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah dan dahulukan pemberian itu kepada orang tanggungganmu. (Sahih Muslim - Hadith Riwayat Muslim dari Hakim bin Hizam no. 1716)
Kepada sesiapa (yang bukan warga UiTM) yang ingin membuat wakaf ini boleh la menghubungi rakan-rakan dari UiTM Shah Alam bagi membantu. Peluang sebegini jarang kita perolehi...
Terdapat beberapa naskhah Surah Yassin dan Al-Quran yang boleh dipilih bermula dengan harga RM5.
Insyallah, ini merupakan saham buat kita di sana nanti.
Caranya, tuan puan perlu membeli dahulu naskhah tersebut dari pengedar yang dilantik. Terdapat 3 booth disediakan bagi tuan puan memilih naskhah yang ingin di wakafkan. Bayar dan kemudia bawa ia ke meja pendaftaran bagi di cop wakaf dan didaftarkan atas nama tuan puan. Meja pendafaran juga terdapat di situ.


Kaunter pendaftaran oleh uztaz-ustaz dari CITU (foto kiri) dan pelbagai pilihan Al-Quran dan Surah Yassin (foto kanan)
Rebutlah peluang ini tuan puan sekalian...
Warga UiTM boleh berbuat demikian dengan membeli surah Yassin Cetakan Yayasan Restu yang disediakan untuk 2 kali Jumaat pada (29b. April 2011 dan 6 Mei 2011) di Dewan Solat Tambahan Pusat Islam sebelum dan selepas solat Jumaat. Surah Yassin berkenaan akan diindeks dengan nama Penderma dan diletakkan di Dewan Solat Utama untuk digunakan untuk warga Jemaah UiTM Shah Alam.Menarik bukan.....
Rebutlah peluang wakaf ini semasa hayat di kandung badan.
Bagi kaum wanita pula boleh berbuat demikian dengan terus walk inn ke Pejabat Unit Pengurusan Dan Imatah Masjid CITU di Aras 3 Pusat Islam.
Unit Pengurusan dan Imarah Masjid,
Telefon No : 55442689/2350
Kepada sesiapa (yang bukan warga UiTM) yang ingin membuat wakaf ini boleh la menghubungi rakan-rakan dari UiTM Shah Alam bagi membantu. Peluang sebegini jarang kita perolehi...
Terdapat beberapa naskhah Surah Yassin dan Al-Quran yang boleh dipilih bermula dengan harga RM5.
Insyallah, ini merupakan saham buat kita di sana nanti.
Caranya, tuan puan perlu membeli dahulu naskhah tersebut dari pengedar yang dilantik. Terdapat 3 booth disediakan bagi tuan puan memilih naskhah yang ingin di wakafkan. Bayar dan kemudia bawa ia ke meja pendaftaran bagi di cop wakaf dan didaftarkan atas nama tuan puan. Meja pendafaran juga terdapat di situ.


Kaunter pendaftaran oleh uztaz-ustaz dari CITU (foto kiri) dan pelbagai pilihan Al-Quran dan Surah Yassin (foto kanan)
Rebutlah peluang ini tuan puan sekalian...
Seramai 5 orang staf dari Perpustakaan Undang-Undang Universiti Malaya telah mengadakan lawatan ke BPBPT. Lawatan tersebut menjurus kepada proses pelabelan buku-buku dijalankan di PTAR.
Pegawai yang terlibat dalam memberi penerangan adalah En. Ahmad Amiri dibantu Ketua Bahagian - Pn. Mariah Baharudin.
Bagi penerangan setiap proses kerja (khusus), staf terlibat adalah
Bagi penerangan setiap proses kerja (khusus), staf terlibat adalah
- Mohd. Yursi Hamid - print label
- Mohd Nasir Zainudin - tampal label
- Khair-Ul-Anuar Yusof - tag RFID


Penerangan oleh Ahmad Amiri (kiri) dan Yusri (kanan)


Penerangan oleh Khair-Ul (kiri) dan Nasir (kanan)
p/s: Lagi foto-foto lawatan di Facebook BPBPT.
Subscribe to:
Posts (Atom)















