Kempen wakaf Surah Yaasin

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepada kamu sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada kawan atau teman (yang boleh memberi manfaat) serta tidak adanya pertolongan syafaat. (Surah Al-Baqarah : ayat 254)

Sedekah yang paling utama dan yang paling baik ialah sedekah yang diberikan ketika ia mampu. Dan tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah dan dahulukan pemberian itu kepada orang tanggungganmu. (Sahih Muslim - Hadith Riwayat Muslim dari Hakim bin Hizam no. 1716)
Warga UiTM boleh berbuat demikian dengan membeli surah Yassin Cetakan Yayasan Restu yang disediakan untuk 2 kali Jumaat pada (29b. April 2011 dan 6 Mei 2011) di Dewan Solat Tambahan Pusat Islam sebelum dan selepas solat Jumaat. Surah Yassin berkenaan akan diindeks dengan nama Penderma dan diletakkan di Dewan Solat Utama untuk digunakan untuk warga Jemaah UiTM Shah Alam.

Rebutlah peluang wakaf ini semasa hayat di kandung badan.

Bagi kaum wanita pula boleh berbuat demikian dengan terus walk inn ke Pejabat Unit Pengurusan Dan Imatah Masjid CITU di Aras 3 Pusat Islam.

Unit Pengurusan dan Imarah Masjid,
Telefon No : 55442689/2350
Menarik bukan.....

Kepada sesiapa (yang bukan warga UiTM) yang ingin membuat wakaf ini boleh la menghubungi rakan-rakan dari UiTM Shah Alam bagi membantu. Peluang sebegini jarang kita perolehi...

Terdapat beberapa naskhah Surah Yassin dan Al-Quran yang boleh dipilih bermula dengan harga RM5.

Insyallah, ini merupakan saham buat kita di sana nanti.

Caranya, tuan puan perlu membeli dahulu naskhah tersebut dari pengedar yang dilantik. Terdapat 3 booth disediakan bagi tuan puan memilih naskhah yang ingin di wakafkan. Bayar dan kemudia bawa ia ke meja pendaftaran bagi di cop wakaf dan didaftarkan atas nama tuan puan. Meja pendafaran juga terdapat di situ.


Kaunter pendaftaran oleh uztaz-ustaz dari CITU (foto kiri) dan pelbagai pilihan Al-Quran dan Surah Yassin (foto kanan)

Rebutlah peluang ini tuan puan sekalian...

4 comments:

Anonymous said...

bestnya...kami dari luar uitm boleh ke joint sekali...bagusnya uitm, kreatifnya ustaz kat masjid tu....moga sama-sama tergolong menjadi insan yang bertaqwa.

b®e4kE®84 said...

aper salahnya. orang nak menderma, takkan tak boleh kan. klu ader kawan2 yang kerja kat uitm, minta tolong jer.

Anonymous said...

tadi kami kaum ibu-ibu pun joint sekali...teerbaik

tausiah yusuf mansyur said...

mantab bos

Post a Comment