Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Projek Penetapan Katalog 2012

Projek Penetapan Katalog telah diadakan bermula pada 20 hb. sehingga 21 hb. Februari, 2012.

Projek ini bertujuan menyediakan "Manual Penetapan Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan PUiTM" bagi menyeragamkan aktiviti pengkatalogan dan pengkelasan bahan di semua perpustakaan.




Diharap dengan usaha yang dijalankan ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kita bersama dalam menjamin keseragaman dan kualiti rekod bibliografik PUiTM.


Jamuan BPBPT - Menyambut Ramadhan



Majlis kesyukuran diadakan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan di samping mengeratkan hubungan sesama staf BPBPT. Turut berlangsung sesi penyampaian saguhati buat saudara Silsoh di atas kehadiran orang baru dan saudara Fadzrul (Unit Jilid) di atas mahligai yang baru dibina. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal ke akhir hayat serta mendapat kebertakan Allah s.w.t

Menu utama majlis ini adalah soto. Beberapa potluck turut disumbang oleh staf BPBPT.



Bengkel Penetapan Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan PUiTM



Untuk makluman , Bahagian Pembangunan Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal (BPBPT) PTAR akan menganjurkan Bengkel Penetapan Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan PUiTM. Bengkel ini merupakan lanjutan daripada Bengkel Penyediaan Penetapan Pembangunan Bibliografik Bahan PTAR yang telah diadakan pada 7 - 9 Disember 2009.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memantapkan Penetapan Pengkatalogan dan Pengkelasan yang sedia ada dan juga membincangkan isu-isu pengkatalogan. Sebarang masalah atau isu berkaitan dengan pengkatalogan akan dibincangkan pada hari berlangsungnya bengkel.

Senarai Peserta:
  1. Ahmad Amiri Mohamad (BPBPT)
  2. Ariffin Jamaludin(BPBPT)
  3. Mariah Baharudin(BPBPT)
  4. Mohd Izwan Salim(BPBPT)
  5. Noor Hayati Abu Kassim(BPBPT)
  6. Norazlin Mohd Yusof(BPBPT)
  7. Norhamimi Othman(BPBPT)
  8. Nurhayati Hassan(BPBPT)
  9. Zuhaslinda Sulaiman(BPBPT)
  10. Norlilawati Mohd Shah(BPBPT)
  11. Arshad Bujang Perpustakaan (Puncak Perdana)
  12. Shahrani Abdul Manaf (Perpustakaan Perubatan P4)
  13. Subha Ismail (Perpustakaan Selayang)
  14. Rosmaruby Othman (Perpustakaan INTEC)
  15. Nik Annita Nik Omar (Perpustakaan Puncak Alam)
Aturcara Majlis

18 Julai 2011
8.00 a.m. - Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi
8.30 a.m. - Bacaan Doa
8.30 a.m. - Pengenalan Bengkel
9.00 a.m. - Penetapan : Tag 020, Tag 090, Tag 100
1.00 p.m. - Makan Tengahari / Solat
2.00 p.m. - Penetapan : Tag 245, Tag 505 , Tag 740
5.00 p.m. - Minum petang

19 Julai 2011
8.00 a.m. - Sarapan Pagi
8.30 a.m. - Penetapan : Tag 490, Tag 830, Tag 850
1.00 a.m. - Makan Tengahari / Solat
2.00 p.m. - Perbincangan isu-isu pengkatalogan:
• Fail Kuasa
• Bahan retrospektif
• Pamphlet
• Bahan iringan
• Bahan berjilid
• E-Book
5.00 p.m. - Minum petang

Foto-foto sepanjang bengkel dijalankan via FB - Click Here


Lawatan Kerja ke Perpustakaan Tuanku Bainun - UPSI

Pada 10 Januari yang lepas, satu lawatan kerja telah diadakan oleh warga BPBPT ke Perpustakaan Tuanku Bainun - UPSI, Tanjung Malim. Rombongan tiba di sana pada pukul 10 pagi dan bertolak balik pada pukul 2.00 petang.

Lawatan ini disertai:
  • 1 Ketua Bahagian BPBPT
  • 1 Pustakawan Kanan BPBPT
  • 7 Pustakawan BPBPT
  • 6 Pembantu Perpustakaan BPBPT
  • 1 Pustakawan JPJPD
  • 1 Pustakawan Puncak Alam
  • 1 Putakawan Kanan Puncak Perdana
Tujuan lawatan adalah untuk melihat proses kerja pengkatalogan yang diamalkan di perpustakaan UPSI.


Mesyuarat BPBPT (bil.1)

Tarikh: 4 Jun 2010
Masa: 3.00 p.m. - 5.00 p.m.
Tempat: Bilik Seminar

Mesyuarat ini merupakan mesyuarat pertama BPBPT selepas perlantikan Pn. Mariah Baharudin sebagai Ketua Bahagian (BPBPT). Mesyuarat ini melibatkan semua staf di bawah BPBPT termasuk Unit Jilidan.

Mesyuarat kali ini secara amnya menyentuh beberapa perkara atau maklumat sebagai peringatan kepada staf. Antara perkara yang disentuh adalah sepertu berikut:
  1. Komitment dan kerjasama
  2. Prestasi kerja
  3. Permohonan bercuti / keluar pada waktu pejabat
  4. Cuti sakit
  5. Cuti kecemasan
  6. Keberadaan staf
  7. Penggunaan e-jari
  8. Latihan / kursus staf
  9. Statistik bulanan / harian
  10. Laporan aktiviti bulanan
  11. Sasaran kerja tahunan
  12. Masalah kerja
  13. Shelving pada pukul 8.00 - 8.30 pagi
  14. Collection bulanan
  15. Aktiviti bahagian
  16. Baju bahagian
  17. Bahan masalah
  18. Pemprosesan thesis
  19. Pembinaan Taxonomy
  20. SKP
  21. Partition untuk Unit Jilidan
  22. Penyedut habuk
Cik Asihkin bertanggungjawab sebagai pencatat minit mesyuarat.


Jamuan Pustakawan


Tarikh: 3 Jun 2010 (Khamis)
Masa: 10.00 a.m - 1.00 p.m.
Lokasi: Bilik Rehat

Pada 3hb. Jun 2010, suatu jamuan kesyukuran telah dianjurkan oleh Pn. Norhamimi. Jamuan tersebut diadakan sebagai tanda terima kasih beliau kepada rakan-rakan yang terlibat dalam memberi idea serta buah fikiran bagi menjayakan ceramah beliau di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Ceramah pengkatalogan di USIM telah berlangsung dengan jayanya serta dihadiri lebih 40 orang Pustakawan daripada IPTA seluruh Malaysia. Adalah diharapkan selepas ini, para Pengkatalog BPBPT akan mendapat lebih pengiktirafan daripada organisasi dalam serta luar UITM.


Bengkel Pengurusan Laman Web Bahagian

Tarikh: 31 Mei 2010 - 1 Jun 2010
Masa: 8.00 a.m. - 5.00 p.m.
Tempat: Pusat IT


Laman web merupakan salah satu medium bagi mempromosikan sesuatu. Malah ia menjadi rujukan pertama dari organisasi luar bagi mengenali sesuatu organisasi tersebut.

Merujuk kepada salah satu amanat Naib Canselor baru UiTM mengenai pengurusan laman web korporat, JPSTM PTAR dengan kerjasama PSMB menganjurkan Bengkel Pengurusan Kandungan Laman Web.

Setiap bahagian diwajibkan menghantar 2 orang wakil sebagai Webmaster laman web bahagaian masing-masing. JPPSI telah menghantar En. Mohd Izwan Salim wakil dari BPBPT dan En. Bahroni Moojee, wakil dari BPB.

Laman web tersebut menggunakan perisian sumber terbuka (OSS) Joomla. Penceramah bengkel adalah En. Ahmad Faizar Jaafar, Pustakawan Unit e-Komponen & Web manakala penceramah jemputan adalah En. Rahim Utah, Ketua Unit Web Hosting dan Komunikasi.

Laman web JPPSI boleh di akses melalui alamat ini:
http://library.uitm.edu.my/jppsi/



Majlis Meraikan Staf Bertukar Jabatan


arrow Majlis Meraikan staf bertukar Jabatan / Bahagian BPBPT telah selamat diadakan pada :
Tarikh : 27 April 2010
Masa : 12.30 tgh - 2.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : Ketua Jabatan JPSI - Pn. Nor Aziah Abdullah, Staf BPBPT & Unit Jilid

arrow Menu makan tengahari pada majlis ini telah ditaja oleh Ketua Jabatan JPSI iaitu Pn. Nor Aziah Abdullah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn. Haji Ahmad Anwal Ali serta ucapan ringkas daripada Ketua Jabatan serta staf yang diraikan iaitu Pn. Asmah Maaroff & Pn. Baimah Bujang. Sebagai tanda penghargaan dari warga BPBPT, cenderahati tanda kenangan serta cenderahati sempena hari lahir telah disampaikan kepada Pn. Asmah dan Pn. Baimah.

Warga BPBPT & Unit Jilid PTAR mengucapkan 'Selamat Maju Jaya' kepada staf yang diraikan & ucapan setinggi-tinggi rasa terima kasih diatas kepimpinan, ilmu, tunjuk ajar mahupun khidmat yang telah dicurahkan sepanjang Pn. Asmah & Pn. Baimah bertugas di BPBPT. Jasa kalian tidak sesekali kami lupakan.


Audit Dalaman Bil 1/2010 PTAR

Audit Dalaman Bil 1/2010 PTAR akan dijalankan pada 12 sehingga 16 April 2010. Ini meruppakan audit dalaman siri satu bagi sessi 2010.Penumpuan pada kali ni adalah kepada Objektif Kualiti.

BPBPT memegang OK ke 7 iaitu "Memastikan 80% bahan yang diterima siap Release for Circulation"

BPBPT akan didatangi auditor pada hari kedua bersamaan 13 April 2010 pada sebelah petang.

Auditor BPBPT:
  • Pn. Mariah Baharudin (JPPO)
  • Pn. Adlina Abdullah (Fakulti)
  • Siti Rohayu Mohd Yusoff (JSP)
Auditee BPBPT:
  • Pn. Asmah Maaroff
  • Pn. Baimah Bujang
  • Pn. Noorhayati Abu Kassim
  • En. Mohd Izwan Salim
Perkara yang di audit:
  1. Semak penemuan hasil audit Bil 2/2009 dan lain-lain audit yang berkaitan
  2. Capai atau tidak Objektif Kualiti 7
  3. Perbandingan pencapaian tahun 2007,2008 dan 2009
  4. Jika capai,tindakan penambahbaikan
  5. Jika tidak capai tindakan pembetulan dan pencegahan
  6. Komitmen pengurusan
  7. Penyemakan rekod dan dokumen bahagian


Bengkel Pindaan Dokumen ISO PUiTM 2010

Tarikh : 31 Mac 2010 - 1 April 2010
Masa : 8.00 pagi -5 petang
Tempat : Bilik Seminar, PTAR 1
Anjuran : Unit Kualiti PTAR
Moderator : Pn. Noomala Maaroff, En. Hamidi Mohd Jais, Junaida Kamaruddin & Cik Zalifah Awang Zakaria

Bengkel ini merupakan platform bagi setiap Pegawai Dokumen Terkawal mengemaskini serta meminda mana-mana maklumat yang perlu diubah mengikut kesesuaian bahagian / jabatan. Di dalam bengkel 2 hari ini, dokumen kualiti yang terlibat adalah Arahan Kerja (AK)

Bahagian BPBPT terdapat terdapat 3 arahan kerja (AK) iaitu :
  1. Arahan Kerja Pengkatalogan Salinan (AK.UITM.PRP/BPBPT/.02-01.01)
  2. Arahan Kerja Pengkatalogan Asal (AK.UITM.PRP/BPBPT/.02-01.02)
  3. Arahan Kerja Pengkatalogan Duplikasi (AK.UITM.PRP/BPBPT/.02-01.03)
Tujuan:
Bagi memberi garispanduan bagi memastikan dokumen dan rekod yang diperlukan dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Perpustakaan UiTM adalah diselenggara dan terkawal

Staf BPBPT terlibat: Mohd Izwan Bin Salim & Pn. Baimah Bujang


Latihan staf PUiTM Kampus Kuala Pilah di BPBPT

Warga BPBPT mengalu-alukan kedatangan 2 orang staf (Pembantu Perpustakaan) dari PUiTM Kampus Kuala Pilah, Negeri Sembilan iaitu :
1) En. Abdul Rahman Sabot
2) En. Norakhmal Shah Nordin
Latihan dua hari bermula 8 Mac-9 Mac 2010 merangkumi :-
  • Penerangan bahagian
  • Penyalinan katalog, pengakatalogan asal & pengkatalogan bahan persamaan
  • Pemprosesan teknikal
  • Pemprosesan buku perubatan
  • Pemprosesan bahan undang-undang
  • Pemprosesan majalah berjilid
  • Proses kerja di Unit Jilid
Semoga segala ilmu serta tunjuk ajar sepanjang latihan dua hari ini dapat membantu pemantapan proses kerja di perpustakaan Kampus Kuala Pilah berjalan dengan lebih lancar.


Latihan staf baru Kemasukan Feb 2010

Warga BPBPT mengucapkan selamat datang kepada staf baru kemasukan Februari 2010 ke Bahagian Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan Teknikal PTAR 1. Kumpulan tersebut terdiri daripada:

  1. Baizura bt. Johari - Pegawai Eksekutif N27
  2. Rubiah bt. Rajikan - Pegawai Eksekutif N27
  3. Seri Ida Idayu bt. Sarffuddin - Pemb. Perpustakaan S17
  4. Aimi bt. Ahmad - Pemb. Perpustakaan S17
  5. Fatimah bt. Harith - Pemb. Perpustakaan S17
  6. Damahuri bin Mohamad Ramli - Pemb. Perpustakaan S17
  7. Mohd Paizal bin Usman - Pemb. Perpustakaan S17
  8. Muhammad Sadrudin bin Salehuddin - Pemb. Perpustakaan S17


Sessi latihan serta penerangan berkaintan BPBPT dijalankan selama 2 hari iaitu 18-19 Februari 2010 meliputi setiap unit di BPBPT.

Di harap dengan pendedahan ini, staf dapat memahami fungsi bahagian secara umum.


Mesyuarat BPBPT Bil. 2

Tarikh : 5 Februari 2010

Masa : 9.00 pagi - 12.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat

Mesyuarat bahagian ini merupakan mesyuarat yang pertama melibatkan semua staf di BPBPT. Namun begitu, mesyuarat ini tidak melibatkan staf dari Unit Jilidan.

Mesyuarat ini di pengerusikan oleh Pn Asmah Maaroff, Ketua Bahagian BPBPT manakala pencatat minit pula ialah Cik Zuhaslinda.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan permasalahan yang timbul di dalam proses kerja BPBPT. Lain-lain makluman juga disampaikan oleh pengerusi.
Antara perkara yang diputuskan didalam mesyuarat ini adalah:
  1. Jawatan Pegawai Rekod masih kekal disandang En. Mohd Izwan Salim.
  2. Bendahari BPBPT disandang oleh Cik Nurul Asihkin.
  3. Blog BPBPT diperkenalkan kepada warga BPBPT.
  4. Cadangan latihan BPBPT tahun 2010 - pengerusi bagi setiap aktiviti tersebut dilantik.
  5. Proses bahan katografik (peta) diteruskan kepada menampal label.
  6. Semua penetapan bahan (soft copy) perlu diberi kepada Pn. Baimah terlebih dahulu sebelum dimuat naik ke blog.
Diharap mesyuarat ini dapat menyelesaikan beberapa kekeliruan dan segala makluman dapat disampaikan kepada staf BPBPT.


Kursus Asas KIK




Tarikh : 2, 3 & 4 Februari 2010
Masa : 8 pg - 5 ptg
Tempat : Dewan Al-Ghazali, JPbSM

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan mengenai asas-asas dan pengenalan tentang KIK kepada staf-staf UiTM khususnya bagi staf-staf baru supaya mereka mendapat gambaran sebenar mengenai KIK. Kursus ini berlangsung selama 3 hari dan disertai seramai 40 orang dari semua cawangan UiTM. Wakil dari PTAR adalah seramai 15 orang dan dari BPBPT pula dihadiri oleh 2 orang staf iaitu :

1. Cik Zuhaslinda Sulaiman (Pustakawan)
2. Cik Nurul Ashikin Selamat (Pem. Perpustakaan)

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:

1. Pengenalan dan asas-asas dalam KIK
2. Pembentukan kumpulan, logo, slogan dan etika kumpulan
3. Proses-proses menentukan tema dan permasalahan
4. Rajah-rajah yang digunakan sebagai analisis permasalahan (Rajah Pareto, Rajah Ishikawa, dll.)
5. Cara-cara menyelesaikan permasalahan (PDCA)

Melalui kursus asas ini, staf baru telah mendapat maklumat dan pengetahuan yang amat berguna yang boleh dijadikan panduan pada masa akan datang untuk penambahbaikan secara berterusan di organisasi masing-masing.


Tazkirah Bulanan & Majlis Meraikan Staf

Tarikh : 29 Januari 2010

Masa : 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Bilik Seminar, PTAR 1
Tazkirah bulanan PTAR pada pagi ini telah disampaikan oleh Ustazah Hjh. Wan Razifah Wan Ahmad yang dijemput khas dari Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM Shah Alam.

Tazkirah yg bertajuk "Integriti Menurut Perspektif Islam" meliputi:-

- Definisi pengetian integriti
- Kepentingan intergriti
- Elemen-elemen dalam integriti

Tazkirah bulanan ini telah dihadiri oleh Ketua2 Jabatan serta seluruh warga PTAR. Semoga tazkirah yang telah disampaikan dapat dijadikan petunjuk serta pedoman kepada warga PTAR dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.


Sesi suai kenal staf baru PTAR

Majlis Meraikan Staf Bertukar Bahagian

Setelah majlis tazkirah selesai, majlis disusuli dengan Majlis Meraikan Staf PTAR. Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal staf baru yang memulakan tugas mereka di PTAR. Majlis turut meraikan staf yang bertukar ke jabatan lain diatas kenaikan pangkat iaitu Hjh. Fauziah Mohamed & Pn. Rosmah Sulaiman.



Kami warga BPBPT mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala bakti yang telah dicurahkan sepanjang mereka berkhidmat di PTAR. Semoga mereka akan meneruskan prestasi serta perkhidmatan yang cemerlang di tempat bertugas yang baru kelak. "Selamat Maju Jaya & All The Best"


Program Penilaian Risiko Ergonomik & Taklimat Kesedaran Ergonomik di Tempat Kerja

Tarikh : 28 Januari 2010

Masa : 8.15 pagi - 5.00 petang
Tempat : pantri, bilik seminar & sekitar perpustakaan

Satu lawatan dari National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) diketuai oleh En. Raemy Md. Zein, Pengurus Bahagian Ergonomik telah diadakan di PTAR1.

Lawatan ini meliputi:-
  1. Ceramah berkenaan kesedaran ergonomik di tempat kerja oleh Pegawai dari NIOSH.
  2. Lawatan tapak (Bahagian-bahagian PTAR).
  3. Sesi temuramah 50 peserta terpilih.


Seramai 5 orang staf terpilih menghadiri program ini - Pn. Asmah, En. Izwan Salim (pembaca doa) manakala Cik Zuhaslinda, Pn. Baimah dan En. Amiri dipilih sebagai korespondan.