Kempen wakaf Surah Yaasin

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah kami berikan kepada kamu sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada kawan atau teman (yang boleh memberi manfaat) serta tidak adanya pertolongan syafaat. (Surah Al-Baqarah : ayat 254)

Sedekah yang paling utama dan yang paling baik ialah sedekah yang diberikan ketika ia mampu. Dan tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah dan dahulukan pemberian itu kepada orang tanggungganmu. (Sahih Muslim - Hadith Riwayat Muslim dari Hakim bin Hizam no. 1716)
Warga UiTM boleh berbuat demikian dengan membeli surah Yassin Cetakan Yayasan Restu yang disediakan untuk 2 kali Jumaat pada (29b. April 2011 dan 6 Mei 2011) di Dewan Solat Tambahan Pusat Islam sebelum dan selepas solat Jumaat. Surah Yassin berkenaan akan diindeks dengan nama Penderma dan diletakkan di Dewan Solat Utama untuk digunakan untuk warga Jemaah UiTM Shah Alam.

Rebutlah peluang wakaf ini semasa hayat di kandung badan.

Bagi kaum wanita pula boleh berbuat demikian dengan terus walk inn ke Pejabat Unit Pengurusan Dan Imatah Masjid CITU di Aras 3 Pusat Islam.

Unit Pengurusan dan Imarah Masjid,
Telefon No : 55442689/2350
Menarik bukan.....

Kepada sesiapa (yang bukan warga UiTM) yang ingin membuat wakaf ini boleh la menghubungi rakan-rakan dari UiTM Shah Alam bagi membantu. Peluang sebegini jarang kita perolehi...

Terdapat beberapa naskhah Surah Yassin dan Al-Quran yang boleh dipilih bermula dengan harga RM5.

Insyallah, ini merupakan saham buat kita di sana nanti.

Caranya, tuan puan perlu membeli dahulu naskhah tersebut dari pengedar yang dilantik. Terdapat 3 booth disediakan bagi tuan puan memilih naskhah yang ingin di wakafkan. Bayar dan kemudia bawa ia ke meja pendaftaran bagi di cop wakaf dan didaftarkan atas nama tuan puan. Meja pendafaran juga terdapat di situ.


Kaunter pendaftaran oleh uztaz-ustaz dari CITU (foto kiri) dan pelbagai pilihan Al-Quran dan Surah Yassin (foto kanan)

Rebutlah peluang ini tuan puan sekalian...


Lawatan Perpustakaan Undang-Undang, Universiti Malaya

Seramai 5 orang staf dari Perpustakaan Undang-Undang Universiti Malaya telah mengadakan lawatan ke BPBPT. Lawatan tersebut menjurus kepada proses pelabelan buku-buku dijalankan di PTAR.

Pegawai yang terlibat dalam memberi penerangan adalah En. Ahmad Amiri dibantu Ketua Bahagian - Pn. Mariah Baharudin.

Bagi penerangan setiap proses kerja (khusus), staf terlibat adalah
  1. Mohd. Yursi Hamid - print label
  2. Mohd Nasir Zainudin - tampal label
  3. Khair-Ul-Anuar Yusof - tag RFID

Penerangan oleh Ahmad Amiri (kiri) dan Yusri (kanan)

Penerangan oleh Khair-Ul (kiri) dan Nasir (kanan)

p/s: Lagi foto-foto lawatan di Facebook BPBPT.


Lawatan Guru Media Sekolah Pasir Gudang


BPBPT telah menerima lawatan dari kumpulan guru-guru media sekolah pasir gudang. Sejumlah 40 orang guru dan 1 orang Pegawai BTPN telah turut serta di dalam lawatan tersebut. Penerangan tentang bahagian telah disampaikan oleh Ketua Bahagian sendiri - Pn Mariah Baharudin.


Terima Kasih - Bengkel Pengkatalogan 2011



Syukur Alhamdulillah, Bengkel Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan Monograf serta Terbitan Bersiri PUiTM 2011 yang telah diadakan selamat 3 hari telah berlangsung dengan jaya.

Di sini pihak jawatankuasa bengkel ingin mengucapkan setinggi penghargaan buat penceramah undangan - Pn Hamidah A. Rahman di atas kesudian beliau menjadi tenaga pengajar bengkel tersebut. Kesungguhan beliau di dalam mencurahkan ilmu sepanjang 3 hari ini sangat dikagumi. Beliau juga turut berkongsi "rahsia" bagaimana beliau tetap cergas seharian mengajar.

Penglibatan para peserta juga tidak mengecewakan. Semua peserta memberi tumpuan yang baik sepanjang tempoh bengkel dijalankan. Kami berharap bengkel ini membantu para peserta memantapkan penguasaan ilmu pengkatalogan dan pengkelasan. Semoga rekod bahan di perpustakaan bertambah baik dan berkualiti.

Akhir sekali, terima kasih buat semua jawatankuasa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam penganjuran bengkel tersebut.

Tag 100 - nama pengarang,
Tag 490 letak siri,
Mohon maaf apa yang kurang,
Semoga berjumpa di lain hari

Para peserta boleh melihat foto sepanjang bengkel di:
Facebook / Flickr


Bengkel Pengkatalogan 2011




Hari Mesra PTAR 2011


Lagi foto di Facebook BPBPT


Selamat Pengantin Baru Zue

Kompang dipalu pengantin malu,
Duduk bersanding di atas perahu,
Dengar sini wahai warga BPBPT ku,
Ader satu pengumuman tentang Cik Zue.

Dekat Kundang ader tasik biru,
Sebelah tasek biru ader pula Zoo,
Dulunya dipanggil Cik Zue,
Kini dipanggil Puan Zue.

Alhamdulillah, Puan Zuhaslinda dari Gugusan GB telah selamat diijabkabul pada 26 Mac 2011.

Warga BPBPT mengucapkan semoga ikatan yang dibina kekal ke hujung hayat dan semoga di kurniakan keberkatan dalam hidup selamanya.



Majlis Perpisahan TKP Kanan JPSI - Pn Nor Aziah Abdullah

Pn. Nor Aziah Abduallah merupakan Timbalan Ketua Pustakawan Kanan bagi Jabatan Pembangunan & Pengurusan Sumber ILMU, PTAR. Ia merupakan jawatan terakhir yang beliau pegang sebelum mengumumkan persaraan pada tahun 2011 ini.

Beliau telah berkhidmat di Perpustakaan UiTM bermula 3 Januari 1978. Selepas tempoh 33 tahun berkhidmat, beliau akan bersara wajib pada 2 April 2011.

Warga BPBPT mengucapkan selamat bersara kepada Pn, Aziah. Semoga persaraan beliau diiringi keberkatan sepanjang beliau mencurah bakti di perpustakaan UiTM ini, diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan dunia akhirat.

Ketika ditanya tentang perancangan beliau selepas bersara, ini jawabnya:
"Saya rasa, saya dah cukup bekerja di samping aktiviti-aktiviti sosial nih, lepas bersara ni saya ingat nak tumpukan pada kerja-kerja ibadah untuk bekalan yang akan datang."


Kenangan terakhir Pn Nor Aziah bersama pustakawan BPBPT pada Majlis Persaraan beliau.


Pointer record Damaged



Error di atas boleh dibaiki oleh staf sendiri.

ILMU > Cataloging > Utility > Bib Repair Tool

Masukkan Control Num. bagi rekod yang bermasalah pada ruangan Ranged by Control No from


Tekan button repair. Satu popup message akan keluat menunjukkan rekod tersebut telah dibaiki.


Spam - Web Maintenance

Title: Dear University Teknologi MARA (UiTM) Webmail Subscriber
Sent by: aarojasb@uc.cl
From: Web Maintenance

Dear University Teknologi MARA (UiTM) Webmail Subscriber,

This is to inform you that due to recent spam complaints in our web database system, our investigation shows that your webmail is compromised and frequently send out spam messages.

Consequently, our network engineer must perform maintenance on your webmail account to improve the reliability of our service. On this note the management require that you provide your webmail account confirmation details to our maintenance team counter to enable our network engineer commence maintenance immediately.

Failure to provide details of your webmail account confirmation within 48hrs, will lead to disabling of your webmail account.
===========================
Confirmation details required:
===========================
Registered Account Name:
User Name:
Password:
Re-enter and confirm the password:
===========================
Important Note: You are to forward this information to our maintenance team counter by e-mail for security reasons.
(webmaintenance@techie.com)

Thank you in advance for your cooperation and assistance in this important survey.

Signed,
Webmail Maintenance Team.
---------------------------------------------------------
Copyright 1986-2011 Webmail Maintenance Team.


Sila abaikan email di atas. Berikut respon dari UiTM email admin.

To all UiTM email users;

Please ignore or delete any email such as below. We will never ask for your Username or Password for any issue at all. All maintenance or
any action needed for us to admin all emails will be done internally without any involvement of any users.

Thank you.


Sincerely;
Email Administrator.