Tuan/Puan,
Taklimat Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia dan Ujian Psikologi
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Latihan PTAR , PERASA PTAR dan Bahagian Perkhidmatan Psikologi UiTM akan mengadakan program seperti di atas.
Butir-butir program adalah seperti berikut:
Tarikh : 20 & 22 Jun 2011 (Isnin & Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PTAR 1
Staf yang terlibat dalam taklimat ini adalah terdiri dari pelbagai gred jawatan. Oleh yang demikian, tuan/puan seperti dalam senarai berikut dijemput untuk hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sila cari pengganti sekiranya tuan/puan tidak dapat menghadirkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang telah dinyatakan.
Sekian,
Mohon maaf dan Terima Kasih.
Nurkhairunisa Jaafar
Pembantu Perpustakaan, JPPO
b.p.: Ketua Jabatan
Senarai staf BPBPT yang terlibat adalah seperti berikut:
Aktiviti 1: Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) | 20 Jun 2011 | 9.00 am - 3.00 pm
- Mariah bt Baharudin (Timbalan Ketua Pustakawan)
- Ariffin b Jamaludin (Pustakawan Kanan)
- Noor Hayati Abu Kassim (Pustakawan)
Aktiviti 2: Taklimat Pengurusan | 20 Jun 2011 | 3.00 pm - 4.00 pm
- Mariah bt Baharudin (Timbalan Ketua Pustakawan)
- Ariffin b Jamaludin (Pustakawan Kanan)
- Mohd. Izwan bin Salim (Pustakawan)
- Noor Hayati Abu Kassim (Pustakawan)
- Norazlin binti Mohd. Yusof (Pustakawan)
- Norhamimi binti Othman (Pustakawan)
- Nurhayati binti Hassan (Pustakawan)
- Zuhaslinda binti Sulaiman (Pustakawan)
Aktiviti 3: Inventori Personaliti Sidek (IPS) | 22 Jun 2011 | 9.00 am - 11.00 am
- Mohd. Izwan bin Salim (Pustakawan)
- Zuhaslinda binti Sulaiman (Pustakawan)
- Mohd. Fauzi bin Badiran (Pembantu Perpustakaan)
- Norlilawati binti Mohd Shah (Pembantu Perpustakaan)
- Nurul asihkin binti Selamat (Pembantu Perpustakaan)
- Khair-ul-Anuar bin Yusof (Pembantu Am Rendah)
- Mohd. Zamalhuri bin Mustapa (Pembantu Am Rendah)
Aktiviti 4: Inventori Personaliti Warna (IPW) | 22 Jun 2011 | 11.00 am - 1.00 pm
- Norazlin binti Mohd. Yusof (Pustakawan)
- Nurhayati binti Hassan (Pustakawan)
- Fariz Azuan bin Harun (Pembantu Perpustakaan)
- Silsoh bin Khairol (Pembantu Perpustakaan)
- Mohd Yusri bin Hamid (Pembantu Am Pejabat (N1))
Sukacita dimaklumkan, BPBPT telah menerima lawatan penandaarasan daripada Perpustakaan Hamdan Tahir, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 16 Jun 2011
Masa : 9.00 pagi
Pelawat : 22 orang (Timbalan Ketua Pustakawan, 6 Pustakawan, 15 Staf Sokongan)
Tujuan lawatan penandaarasan ini adalah untuk melihat pembangunan sumber dan perkhidmatan serta perkembangan sistem dan teknologi perpustakaan. Sesi taklimat dan perkongsian maklumat akan diadakan di Bilik Seminar, PTAR 1.

Kursus asas Adobe Illustrator ini merupakan salah satu kursus anjuran Jabatan Pengurusan Sistem Dan Teknologi Maklumat PTAR.
Staf BPBPT yang terlibat seramai 2 orang adalah:
- Mohd Izwan Salim (Pustakawan)
- Shapes drawing
- Colouring rose
- Backdrop drawing 1
- Backdrop drawing 2
- Retouhcing
- Working with type
Tuan/ Puan,
Dimaklumkan bahawa staf BPBPT iaitu En. Muhammad Hazry Yunus telah selamat menjalani pembedahan di bahagian lutut beliau pada 7 Jun 2011.
Beliau kini berada di Hospital Selayang (Katil no. 5, Wad 6D, Tingkat 6).
Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala.
Sekian, harap maklum
Nurhayati Hassan
Pustakawan
Bahagian Pembangunan Bibliografik& Pemprosesan Teknikal (BPBPT)
PTAR 1
03-5544 3723
Untuk pengetahuan semua Hazry akan tinggal bersama pakcik beliau di Taman Tun Dr. Ismail. Alamat serta no tel ibu boleh didapati dari staf BPBPT. (Maklumat tersebut tidak dapat dipapar di laman blog ini)

Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat (JPSTM) telah mengadakan Kursus Asas Microsoft Word bagi sesi 2011. Ia merupakan salah satu kursus kompetensi latihan ICT.
Seramai 28 orang telah menyertai kursus ini. Staf BPBPT yang telah menyertai adalah:
- Mohd Yusri Hamid
- Fariz Azuan Harun
- Mohd Norfaiz Abdul Rashid
- Noor Hayati Abu Kassim
- Norhamimi Othman
Kursus ini menggunakan Micosoft Office Word versi 2007. Antara kandungan kursus adalah:
- Get Started with Microsoft Word
- Document Formatting
- Copy and Paste
- Clip Art
- Multi-Page Documents
- How to Create a Booklet
- Word Shapes
- Letterheads and Templates
- Mail Merge
- Microsoft Word Tables
- Document Collaboration
- Word Options
Mesyuarat/Perbincangan Pustakawan BPBPT Bil.1/2011 telah diadakan pada 2 Jun, 2011 (Khamis). Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Bahagaian BPBPT - Pn. Mariah Baharudin dan En Ahmad Amiri dilantik sebagai pencatat minit. Mesyuarat bermula pada pukul 9.00 pagi.
Berapa perkara telah dibincang dan diputuskan, namum terdapat juga perkara yang diletakkan status KIV kerapa memerlukan perbincangan yang lebih mendalam.
Mesyuarat tamat pada pukul 1.15 p.m.
Berkuat kuasa mulai 16 Mei 2011 hingga 15 November 2011, Encik Noor Hidayat bin Adnan - Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dilantik sebagai Pemangku Ketua Pustakawan PTAR.Ia telah diputuskan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan UiTM melalui mesyuarat yang ke-125 pada 10 Mei 2011.
Wagra BPBPT mengucapkan tahniah di atas lantikan tersebut.
Rentetan dari mesyuarat 5S BPBPT yang lepas, satu gotong-royong telah diadakan pada hari Jumaat minggu terakhir bulan Mei selepas solat Jumaat. Antara perkara yang dirancang adalah:1. membersih, memasang serta menguji lari hiasan kolam di BPBPT.
2. mengecat dinding di belakang En. Amiri, Faiz dan Yusri.
3. membuat signage BPBPT bagi dilekatkan di dinding.Gotong-royong ini sebenarnya telah dimulakan awal (pada hari sebelumnya) bagi beberapa aktiviti. Ini bagi memudahkan penyediaan perkakas yang akan digunakan pada keesokkan harinya. Tambahan, terdapat beberapa staf yang tidak dapat hadir pada hari gotong-royong tersebut.
Program gotong-royong ini ditamatkan pada jam 4.45 petang dengan di akhiri dengan sedikit jamuan ringan disediakan oleh staf melalui pot luck.
Terdapat beberapa perkara yang tergendala kerana memerlukan perancangan yang teliti serta kekurangan peralatan. Ia akan disiapkan pada hari Isnin, 30hb.
Antara aksi yang sempat dirakam --> Gotong-royong 5S, 2011 (via FB)
Sambungan gotong-royong (Isnin) --> Sambung Gotong-royong (via FB)
Makluman kepada semua staf BPBPT. BPP telah mewajibkan penggunaan kad ID bagi mengakses barrier gate di pintu masuk PTAR aras 2 (pintu masuk hadapan).
Assalamualaikum
Mulai 26 Mei 2011, penggunaan "barrier gate" telah dikuatkuasakan. Semua staf yang ingin keluar/masuk menggunakan pintu masuk utama PTAR 1 perlu menggunakan kad staf masing-masing. Staf yang mempunyai masalah dengan kad boleh merujuk Kaunter Bahagian Perkhidmatan Pelanggan untuk pengaktifan kad. Harap maklum.
Mohd Fahizan Hamid
Pustakawan
Bahagian Perkhidmatan Pelanggan
Perpustakaan Tun Abdul Razak 1
UiTM Shah Alam
03-55443718
Subscribe to:
Posts (Atom)





















