Buat pengetahuan, final release bagi Microsoft Office Frontpage adalah versi 2003. Ia tidak lagi dihasilkan bagi versi 2007 dan 2010. Perisian yang mempunyai ciri yang sama dengannya adalah Microsoft Expression Web 4.
Tarikh: 29 Nov - 1 Dec 2010Masa: 8.00 a.m. - 5.00 p.m.
Tempat: Pusat IT, PTAR 1
Bengkel ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
1. Bengkel Faculty Course Outline Resource @ PTAR dan
2. e-Shelf @ PTAR
Ia dikendalikan oleh En. Arshad Bujang (Pustakawan Kanan, Puncak Perdana) dan En. Ahmad Faizar Faafar (Pustakawan IT)
Warga BPBPT yang terlibat adalah:
- En Mohd Izwan Salim - Faculty of Computer and Mathematical Sciences
- Pn. Noor Hayati Abu Kassim (dibantu Pn. Nurhayati Hassan) - Faculty of Mechanical Engineering
- Pn. Norazlin Mohd Yusof (dibantu Pn. Norhamimi Othman) - Faculty of Electrical Engineering
Objektif FCORP
- Mempakejkan bahan rujukan mengikut course outline setiap fakulti.
- Memudahkan pencarian maklumat kepada pengguna PTAR.
- Mekanisma yang sesuai untuk memperkenalkan koleksi PTAR.
- Memudahkan pencarian sumber/buku di rak dengan membuat hyperlink dalam sistem ILMU kepada plan lantai rak.
Fakulti Pengurusan Maklumat merupakan fakulti pertama menguji lari projek ini - http://ptarpp2.uitm.edu.my/fcorp/
Projek FCORP ini dipengerusikan oleh En. Noor Hidayat Adnan dan Pn. Roslina Mohamad Ali manakala En. Arshad Bujang dan En. Ahmad Faizar Jaafar merupakan pengurus projek tersebut.
Bagi permulaan pustakawan terlibat perlu mencari bahan elektronik melalui internet bagi di masukkan dalam web resources, bahan melalui webOpac untuk di masukkan dalam other resources dan senarai reading list (dapatkan dari pensyarah fakulti).
Projek FCORP ini dipengerusikan oleh En. Noor Hidayat Adnan dan Pn. Roslina Mohamad Ali manakala En. Arshad Bujang dan En. Ahmad Faizar Jaafar merupakan pengurus projek tersebut.
Bagi permulaan pustakawan terlibat perlu mencari bahan elektronik melalui internet bagi di masukkan dalam web resources, bahan melalui webOpac untuk di masukkan dalam other resources dan senarai reading list (dapatkan dari pensyarah fakulti).
Sejak kebelakangan ni Laman web PTAR mengalamai masalah di mana apabila user melayari laman web http://library.uitm.edu.my/v1.0/, laman tersebut akan redirect ke laman http://77.78.201.183/index.php. Pihak PSMB sedang menyelia masalah ini. Masalah ini dikatakan berpunca dari serangan malware pada tapak Joomla. Namun tiada pengumuman rasmi dari pihak PSMB berhubung perkara ini. Pegawai dari Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat, PTAR - En Ahmad Faizar Jaafar telah mengeluarkan amaran supaya berjaga-jaga ketika melayari laman web PTAR. En Faizar menasihatkan supaya tutup sahaja laman web tersebut jika ia berlaku.
Secara teknikal masalah ini di sebut URL redirection. Ia akan menyebabkan laman web yang ingin dilayari di hantar ke laman web lain. bagi kes laman web PTAR, ia telah di tuju ke laman web http://77.78.201.183.
Secara teknikal masalah ini di sebut URL redirection. Ia akan menyebabkan laman web yang ingin dilayari di hantar ke laman web lain. bagi kes laman web PTAR, ia telah di tuju ke laman web http://77.78.201.183.
IP information bagi laman malware tersebut. Ia terletak di Bosnia
Laman web tersebut memaparkan seolah-olah keadaan PC kita sedang di scan dan memberitahu ia dijangkiti Malware dan perlu dibersihkan. Terdapat popop yang mahu kita memuaturun satu apliksi (.exe). Inilah Malware tersebut.
User dikehendaki memuat turun file aplikasi (.exe) dari laman web.
Jika diperhatikan betul, terdapat bebrapa perkara yang boleh dijadikan tanda amaran awal buat kita.

- URL bagi laman web PTAR telah ditukar.
- PC kita tiada Floopy Drive ini.
- Setiap PC di PTAr telah dilengkapi Antivirus Kaspersky.
- Ia berlaku di dalan web browser (IE, Firefox, Google Chrome), bukan desktop.
- Popup mempunyai link. Biasanya kita hanya boleh menekan button di dalamnya sahaja.
Langkah terbaik, tutup sahaja web browser tersebut. Saya mencadangkan tekan sahaja button back pada hujung atas sebelah kanan web browser atau buton backspace pada keyboard.
Maklumat bagi nenampal spine label, barcode, cop Q dan lokasi adalah seperti berikut:
Barcode:
- Kedudukan sebelah kanan bawah bahagian depan peta.
- 1 cm dari bahagian tepi bawah dan kanan peta.
Spine Label:
- Kedudukan sebelah kanan bawah bhagian depan peta.
- 1 cm dari tepi kanan peta, sebelah atas barcode.
Lokasi:
- Kedudukan sebelah kiri bawah bahagian depan peta.
- 1 cm dari bahagian tepi bawah dan kiri peta.
Cop Q:
- Kedudukan sebelah kiri bawah bahagian depan peta.
- Bersebelahan pelekat lokasi.
Terdapat beberapa kotak slip pemulangan ditemui bagi beberapa perpustakaan fakulti. Namun begitu, slip ini merupakan slip pemulangan yang lama. Ia dilaporkan oleh staf Pembantu Am Pejabat, En. Zainal Aris.Pustakawan Noorhamimi dan Nor Azlin telah mencadangan supaya slip ini dikitar semula. Design yang baru akan dicetak pada bahagian belakang slip. Dengan cara ini, pembaziran dapat dielakkan.
Namum begitu terdapat sedikit kesulitan bagi mencetak slip tersebut kerana ia berada pada beberapa ukuran persegi.
Projek ini merupakan salah satu projek 5S BPBPT.
Tempat: Bilik Seminar
Mesyuarat kali ini secara amnya menyentuh beberapa perkara atau maklumat sebagai peringatan kepada staf. Antara perkara yang disentuh adalah sepertu berikut:
- Komitment dan kerjasama
- Prestasi kerja
- Permohonan bercuti / keluar pada waktu pejabat
- Cuti sakit
- Cuti kecemasan
- Keberadaan staf
- Penggunaan e-jari
- Latihan / kursus staf
- Statistik bulanan / harian
- Laporan aktiviti bulanan
- Sasaran kerja tahunan
- Masalah kerja
- Shelving pada pukul 8.00 - 8.30 pagi
- Collection bulanan
- Aktiviti bahagian
- Baju bahagian
- Bahan masalah
- Pemprosesan thesis
- Pembinaan Taxonomy
- SKP
- Partition untuk Unit Jilidan
- Penyedut habuk
Cik Asihkin bertanggungjawab sebagai pencatat minit mesyuarat.
Masa: 10.00 a.m - 1.00 p.m.
Lokasi: Bilik Rehat
Pada 3hb. Jun 2010, suatu jamuan kesyukuran telah dianjurkan oleh Pn. Norhamimi. Jamuan tersebut diadakan sebagai tanda terima kasih beliau kepada rakan-rakan yang terlibat dalam memberi idea serta buah fikiran bagi menjayakan ceramah beliau di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Ceramah pengkatalogan di USIM telah berlangsung dengan jayanya serta dihadiri lebih 40 orang Pustakawan daripada IPTA seluruh Malaysia. Adalah diharapkan selepas ini, para Pengkatalog BPBPT akan mendapat lebih pengiktirafan daripada organisasi dalam serta luar UITM.
Subscribe to:
Posts (Atom)















