Anugerah Perpustakaan Cemerlang



Tahniah diucapkan kepada warga PTAR


Rekod Duplikasi

Bagi bahan yang di merge. Perlu dicatitkan control number yang diguna pada tag 500 di rekod yang ingin di padam (delete).

Contoh:
Rekod 1: CN 0000444444 - final processing
Rekod 2: CN 0000222222 - available

*rekod 1 ingin di merge ke rekod 2.

Pada rekod 2, tag 500:

500 |aREKOD DUPLIKASI UNTUK DELETE. CN DIGUNA 222222

Rekod ini tidak perlu di index dan save sahaja.

Ini bagi memudahkan En. Azizi memadam rekod-rekod tersebut.


Penukaran Katalaluan Emel Lotus Notes

Untuk makluman semua, atas sebab-sebab keselamatan & untuk mengelakkan berlakunya pencerobohan akaun email, terutamanya akaun Portal Kewangan yang menggunakan katalaluan webmail, pihak Unit Emel & Automasi Pejabat PSMB telah mengambil langkah-langkah keselamatan dengan mempertingkatkan lagi sekuriti akaun emel warga UiTM.

Untuk ini, warga BPBPT adalah dikehendaki untuk memberikan kerjasama dengan menukarkan katalaluan webmail & client masing-masing dalam masa 10 hari bermula hari ini (5 May 2010).

Katalaluan tersebut mestilah BERBEZA dengan katalaluan asal & mesti mempunyai gabungan aksara & nombor (alphanumeric).

Caranya:

File > User Security > Enter password (asal) > Change Password > Enter password (asal) > Enter New Password > ReEnter new Password > OK


Selamat Kembali Bertugas: Pn Norazlin Mohd Yusof

Salam kepada semua warga BPBPT

Sukacita dimaklumkan bahawa Pn. Norazlin Bte Mohd Yusof telah kembali bertugas semula setelah cuti bersalin selama 60 hari , bermula dari 01 Mac 2009 - 05 Mei 2010.

Untuk makluman, beliau telah selamat melahirkan cahayamata pertama, bernama Eirdina Najwa.

Kami mendoakan semoga beliau sekeluarga berada dalam keadaan sihat walafiat dan ceria selalu.


Pelajar Praktikel FPM (Mei 2010)

BPBPT telah menerima kunjungan pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat pada May 2010. Kunjungan ini merupakan sebagai latihan praktikel pelajar yang juga merupakan salah satu dari kursus yang wajib diambil sebelum mereka menamatkan pengajian. Kumpulan tersebut terdiri dari:

Kumpulan 1

1. Liyana Jasman (2007385588)
2. Roslaily Adnan (2007285576)
3. Shah Rezzan Balaludin (2006695299)




Kumpulan 2

1. Aina Anith Abd Hamid (2007409316)
2. Akbar Malik (2007282064)
3. Anasalwa Saad (2007409334)





Mereka merupakan pelajar dari Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian) & Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat & Pengurusan Pusat Sumber.

Tempoh latihan bermula 03 Mei - 02 Julai 2010. Namum mereka akan menjalani latihan di BPBPT pada 3-6 Mei (Kumpulan 1) dan 7,10-12 Mei (Kumpulan 2).


Skor: Penetapan SMD & Item Category

Bahan yang terdiri daripada score sepenuhnya perlu diletakkan di bawah SMD : SCORE. Bahan yang diletakkan di bawah SMD: SCORE pula perlu diletakkan di bawah Item Category: RUJUKAN

Bahan yang terdiri maklumat (text / penerangan / gambar) serta score perlu diletakkan di bawah SMD : BOOK manakala Item Category : Rak Terbuka (OS).


Majlis Meraikan Staf Bertukar Jabatan


arrow Majlis Meraikan staf bertukar Jabatan / Bahagian BPBPT telah selamat diadakan pada :
Tarikh : 27 April 2010
Masa : 12.30 tgh - 2.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : Ketua Jabatan JPSI - Pn. Nor Aziah Abdullah, Staf BPBPT & Unit Jilid

arrow Menu makan tengahari pada majlis ini telah ditaja oleh Ketua Jabatan JPSI iaitu Pn. Nor Aziah Abdullah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn. Haji Ahmad Anwal Ali serta ucapan ringkas daripada Ketua Jabatan serta staf yang diraikan iaitu Pn. Asmah Maaroff & Pn. Baimah Bujang. Sebagai tanda penghargaan dari warga BPBPT, cenderahati tanda kenangan serta cenderahati sempena hari lahir telah disampaikan kepada Pn. Asmah dan Pn. Baimah.

Warga BPBPT & Unit Jilid PTAR mengucapkan 'Selamat Maju Jaya' kepada staf yang diraikan & ucapan setinggi-tinggi rasa terima kasih diatas kepimpinan, ilmu, tunjuk ajar mahupun khidmat yang telah dicurahkan sepanjang Pn. Asmah & Pn. Baimah bertugas di BPBPT. Jasa kalian tidak sesekali kami lupakan.


Lotus Notes: Sametimes

Lotus Notes Sametime merupakan salah satu sub applikasi di dalam aplikasi Lotus Notes. Ia merupakan aplikasi instant messanging (IM). Pengguna boleh berbual (chating) sesama sendiri atau secara kumpulan (group).

Malah jika pengguna mempunyai kamera web dan microphone, pengguna boleh membuat panggilan terus ke komputer rakan.

Bagi mereka yang baru saha menaiktaraf (upgrade) perisian Lotus Notes 8.5.1, aplikasi Sametimes ini tidak dapat digunakan. Berikut antara kemungkinan atau penetapan yang boleh dilakukan buat kali pertama.


atau

Tetingkap diatas boleh di akses melalui File > Preferences > Sametime > Server Communities

Jika terdapat sebarang masalah atau inin berkonsi maklumat, sila tinggalkan di ruangan comment.


Modul Staf Baru (Penanggungjawab)

Berikut dilampirkan penanggungjawab bagi setiap modul bagi kursus staf baru BPBPT. Maklumat tambahan adalah seperti berikut:
  1. Due date adalah 2 minggu dari sekarang (26 April 2010).
  2. Maklumat adalah berbentuk powerpoint.
  3. Pengisian atau penerangan adalah lengkap (detail).
  4. Bagi yang telah selesai, sila bantu rakan yang lain.


Lotus Notes: Upgrade to 8.5.1

Seperti yang semua sedia maklum, pihak PSMB telah menaik taraf kemudahan email staff (@salam.uitm.edu.my).

Namum terdapat beberapa isu timbul seperti masalah signature tidak keluar pada lampiran baru.

Hasil pertanyaan antara En. Bahroni Mo0jee (BPB) bersama Sharina Mohd Nasir (PSMB), beliau mencadangkan supaya aplikasi Lotus Notes (Client) di naiktaraf kepada version 8.5.1.

Ia boleh di muat turun di laman PSMB di http://www.psmb.uitm.edu.my/ atau di SINI

Muat turun applikasi dan mulakan proses installation (upgrade).

Double click pada aplikasi yang sudah di muat turun.



Proses berikut adalah mudah dimana, pengguna hanya perlu menekan butang NEXT sahaja. Biar semua berada pada aturan asal (defaut).

Semasa proses installation, terdapat beberapa file yang perlu di muat turun dari server. Oleh itu, sambungan internet yang baik sangat-sangat diperlukan. Oleh itu, elakkan menggunakan aplikasi lain bagi memberi keutamaan proses installation Lotus Notes ini.


Akhir sekali, pengguna boleh menggunakan email Lotus Notes seperti sediakala. Jika terdapat sebarang error melibatkan registry atau sebagainya, restart komputer.

Antara ciri-ciri terbauru diawarkan boleh dirujuk di sini - Lotus Notes 8.5.1