Mesyuarat BPBPT Bil. 2 2011



Mesyuarat BPBPT bil. 2 ni merupakan kesinambungan kepada beberapa mesyuarat yang lepas.

Majlis bermula 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari dan dipengerusikan oleh ketua BPBPT.

Antara perkara yang disentuh sepanjang mesyuarat adalah:

+ Audit Naziran
+ SKT Tahunan
+ Latihan staf
+ Perancangan latihan 2012
+ Waktu minum pagi / keberadaan staf
+ Bengkel Pra dan Pemantapan SPK
+ Persiapan En. Azman mengalas tugas Haji Anwal

Laporan lengkap akan disusuli oleh Pn. Nurhayati sebagai pencatat minit. Ia kemudian bersambung ke majlis meraikan staf. Antara yang dirai adalah:

1. Haji Ahmad Anwal
Beliau akan bersara wajib pada 1 Disember 2011.

2. Wan Abdul Samad
Beliau merupakan staf BPBPT yang telah bertukar ke PTAR 2 berkuatkuasa pada Ogos 2011.

3. Staf baru
- En. Fauzi Md Noor - Pembantu Am Pejabat Kanan - dari PTAR 2
- En. Mohd Jamil - Pembantu Perpustakaan Kanan - dari Bahagian Pelanggan
- En. Mohd Suhaimi Azman - Pembantu Pemuliharaan
- En. Bob Khairi Razali - Pembantu Pemuliharaan - dari Puncak Alam
- En. Mohd Fridaus - Pembantu Pemuliharaan - dari INTEC


Selamat datang diucapkan kepada staf BPBPT yang baru. Semoga budaya kerja cemerlang dapat diterap di dalam kerja seharian.

Terima kasih kepada Haji Anwal serta Wan Abdul Samad di atas segala jasa serta ilmu yang dicurah sepanjang kalian berada di BPBPT. Mohon ampun dan maaf dari warga BPBPT sekiranya terdapat kesalahan atau kekurangan dari segi layanan atau tindakan di bahagian ini. Semoga Allah membalas jasa kalian.