Mesyuarat 5S (Bil.1-2010)

Tarikh : 27/05/2010
Masa : 2.30 petang - 4.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PTAR 1

Mesyuarat 5S bil. 1 telah diadakan bagi sesi tahun 2010. Mesyuarat ini telah dihadiri semua warga BPBPT. Ia di pengerusikan sendiri oleh ketua 5S BPBPT iaitu En. Fauzi Badiran.

Beberapa perkara telah disentuh. Malah terdapat juga beberapa cadangan baru termasuk aktiviti untuk dijalankan bagi tahun 2010.

Pencatit minit pada mesyuarat ini adalah Cik Zayani.


Staf Terima PC Baru

Alhamdulillah.....

Baget untuk memeiliki personal computer (PC) yang baru telah diluluskan. Maka dengan ini pihak Syarikat Edaran IT akan datang untuk memasang PC SEWA pada tarikh berikut :-

Tarikh : 1 dan 2 Jun 2010
Hari : Selasa dan Rabu

Staf BPBPT yang akan menerima pc tersebut adalah:

  • BPBPT : Mariah Baharudin - Zayani - Yusri - Silsoh - Asyikin - Hazry - Fauzi - Faris
  • Unit Jilidan : Azman - Sharizal - Nor'ain Effiza
Kepada penerima PC SEWA , perkara dibawah adalah diperlukan :-
  1. Pastikan Tuan/Puan menyediakan Meja ( jika tiada meja)
  2. Pastikan Tuan/Puan menyediakan ( Power Plug)
  3. Pastikan Tuan/Puan telah membuat 'Copy' dari PC yang sedia ada
  4. Untuk Pusat IT pastikan meja, power dan network telah sedia ada
Berikut adalah model yang akan diterima nanti:
Monitor : HP L1710 ... lanjut
CPU : HP Compaq DC5750 ... lanjut

OS : Microsoft Windows Vista Enterprise
HDD : 80 GB
RAM : 2GB

Processor | Graphic | RAM


Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Felda Negeri Pahang

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak bersama Perpustakaan Al Bukhari UiTM Jengka dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang telah berjaya menganjurkan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Felda Negeri Pahang pada 18 - 20hb Mei 2010 bertempat di Hotel Seri Malaysia Kuantan, Pahang.

Bengkel selama 3 hari 2 malam ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Pengarah Kampus UiTM Jengka Y. Hormat Prof Madya Dato' Hj Hilmi b. Ab Rahman. Sebanyak 7 kertas kerja telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Tn Hj Haron Wee Ah Boo (PTAR), Dr Dang Merduwati Hj Hashim (FPM), Y. Bhg. Datin Nor madiah Che Abbas (Kementerian Pendidikan) dan Pn Hamidah A. Rahman (FPM)

Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada Guru-guru Penyelaras Pusat Sumber sekolah Menengah Felda dan Pegawai dari bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang dan Kuala Lumpur telah menyertai bengkel pada kali ini. Maklumbalas awal mendapati bengkel ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari para guru dan pengisian bengkel yang sangat membantu dalam pengendalian pusat sumber yang cemerlang mengikut piawaian-piawaian yang ditetapkan.

Penganjuran bengkel kali ke -14 ini telah melabuhkan tirainya pada 20 Mei 2010 dengan ucapan perasmian penutup oleh Tn Hj Raof Hj Jali (BTPN Pahang). sekalung tahniah dan syabas kepada jawatankuasa PTAR dan jawatankuasa dari Perpustakaan Al Bukhari yang diketuai oleh Pn Rosnita Ja'afar dan pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang yang banyak membantu dalam menjayakan bengkel ini. Staf BPBPT yang telah membantu sbg fasilitator sepanjang bengkel dijalankan adalah Pn. Noor Hayati Abu Kasim & Pn. Nurul Diana Jasni.

arrow Laporan oleh : Pn. Faridah Talib
Pengerusi Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Felda Negeri Pahang.


Internet "Slow"

Sejak hari Isnin, didapati capaian ke ITSMARC, dan beberapa website luar negara terlalu perlahan dan sering kali gagal di paparkan.

Seperti yang dijangka.....

INTERNET SERVICES DISRUPTION DUE TO CABLE FAULT ON SMW4

Telekom Malaysia Berhad (TM) wishes to announce that its consortium members have detected a cable fault on the South East Asia – Middle East – Western Europe 4 (SMW4) cable network along the Colombo – Mumbai segment that links Malaysia to Europe. The consortium will be carrying out repair works on site on Sunday, 23 May 2010.

During the restoration process, there may be some interruption to the traffic to Europe carried through that cable. TM has taken pro-active steps to minimize disruptions by providing adequate links on other routes and coordinated with other international carriers in order to provide additional bandwidth for our customers. In order to further alleviate the situation, TM will also be diverting traffic to other networks to reduce congestion, thus, minimizing the impact to our users.

However, despite these initiatives, customers using Internet services nationwide may experience some degree of service degradation such as slow browsing while accessing international websites. Nevertheless, customers using Virtual Private Network (VPN) and other critical business applications linked to Europe will be assured minimal degradation of service, if any.

TM will provide necessary updates on the progress of the restoration works.

We apologize for any inconveniences caused by this disruption, whilst at the same time, would like to assure our customers that TM is undertaking all necessary measures to ensure that customers experience minimal service interruption.

TM wishes to thank its customers for their understanding and patience during the affected period. Meanwhile, customers can call TM at 100 and select “Technical Assistance” or email help@tm.com.my for any Internet related problems.
Sumber: TMNut


Microsoft Office 2010

Sebelum ini, kita heboh memperkata tentang Office 2007. Permasalahan yang timbul adalah bagaimana dokumen yang telah di create menggunakan Office 2007 di buka pada komputer yang menggunakan Office 2003.

Kini Office telah melancarkan produk terbarunya iaitu Microsoft Office 2010. Malah saya percaya ada dikalangan staf PTAR sudah mula menggunakannya sejak perisian ini leaked out pada tahun lepas (technician version) .

Buat masa ini, file type yang digunakan adalah sama dengan Office 2007 (.docx, .pptx, dsb.). Namun terdapat penambahan dari segi design, template dan sub perisian baru di bawah Microsoft Office 2010.

Perisian ini di jangka berada dipasaran pada June 2010.

Perisian kali ini didatangkan dalam 2 versi iaitu versi 32-bit dan 64-bit. Ini merupakan berita baik bagi pengguna OS 64-bit, di mana dengan adanya versi 64-bit ini, aplikasi tersebut akan menggunakan sepenuhnya keupayaan 64-bit architecture.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di >>Microsoft Office 2010<<



Diharap sesiapa yang sudah menggunakan perisian ini dapat berkongsi maklumat di sini ->Komen.


Anugerah Perpustakaan Cemerlang



Tahniah diucapkan kepada warga PTAR


Rekod Duplikasi

Bagi bahan yang di merge. Perlu dicatitkan control number yang diguna pada tag 500 di rekod yang ingin di padam (delete).

Contoh:
Rekod 1: CN 0000444444 - final processing
Rekod 2: CN 0000222222 - available

*rekod 1 ingin di merge ke rekod 2.

Pada rekod 2, tag 500:

500 |aREKOD DUPLIKASI UNTUK DELETE. CN DIGUNA 222222

Rekod ini tidak perlu di index dan save sahaja.

Ini bagi memudahkan En. Azizi memadam rekod-rekod tersebut.


Penukaran Katalaluan Emel Lotus Notes

Untuk makluman semua, atas sebab-sebab keselamatan & untuk mengelakkan berlakunya pencerobohan akaun email, terutamanya akaun Portal Kewangan yang menggunakan katalaluan webmail, pihak Unit Emel & Automasi Pejabat PSMB telah mengambil langkah-langkah keselamatan dengan mempertingkatkan lagi sekuriti akaun emel warga UiTM.

Untuk ini, warga BPBPT adalah dikehendaki untuk memberikan kerjasama dengan menukarkan katalaluan webmail & client masing-masing dalam masa 10 hari bermula hari ini (5 May 2010).

Katalaluan tersebut mestilah BERBEZA dengan katalaluan asal & mesti mempunyai gabungan aksara & nombor (alphanumeric).

Caranya:

File > User Security > Enter password (asal) > Change Password > Enter password (asal) > Enter New Password > ReEnter new Password > OK


Selamat Kembali Bertugas: Pn Norazlin Mohd Yusof

Salam kepada semua warga BPBPT

Sukacita dimaklumkan bahawa Pn. Norazlin Bte Mohd Yusof telah kembali bertugas semula setelah cuti bersalin selama 60 hari , bermula dari 01 Mac 2009 - 05 Mei 2010.

Untuk makluman, beliau telah selamat melahirkan cahayamata pertama, bernama Eirdina Najwa.

Kami mendoakan semoga beliau sekeluarga berada dalam keadaan sihat walafiat dan ceria selalu.


Pelajar Praktikel FPM (Mei 2010)

BPBPT telah menerima kunjungan pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat pada May 2010. Kunjungan ini merupakan sebagai latihan praktikel pelajar yang juga merupakan salah satu dari kursus yang wajib diambil sebelum mereka menamatkan pengajian. Kumpulan tersebut terdiri dari:

Kumpulan 1

1. Liyana Jasman (2007385588)
2. Roslaily Adnan (2007285576)
3. Shah Rezzan Balaludin (2006695299)




Kumpulan 2

1. Aina Anith Abd Hamid (2007409316)
2. Akbar Malik (2007282064)
3. Anasalwa Saad (2007409334)





Mereka merupakan pelajar dari Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian) & Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat & Pengurusan Pusat Sumber.

Tempoh latihan bermula 03 Mei - 02 Julai 2010. Namum mereka akan menjalani latihan di BPBPT pada 3-6 Mei (Kumpulan 1) dan 7,10-12 Mei (Kumpulan 2).