Tazkirah Bulanan & Majlis Meraikan Staf

Tarikh : 29 Januari 2010

Masa : 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Bilik Seminar, PTAR 1
Tazkirah bulanan PTAR pada pagi ini telah disampaikan oleh Ustazah Hjh. Wan Razifah Wan Ahmad yang dijemput khas dari Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM Shah Alam.

Tazkirah yg bertajuk "Integriti Menurut Perspektif Islam" meliputi:-

- Definisi pengetian integriti
- Kepentingan intergriti
- Elemen-elemen dalam integriti

Tazkirah bulanan ini telah dihadiri oleh Ketua2 Jabatan serta seluruh warga PTAR. Semoga tazkirah yang telah disampaikan dapat dijadikan petunjuk serta pedoman kepada warga PTAR dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.


Sesi suai kenal staf baru PTAR

Majlis Meraikan Staf Bertukar Bahagian

Setelah majlis tazkirah selesai, majlis disusuli dengan Majlis Meraikan Staf PTAR. Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal staf baru yang memulakan tugas mereka di PTAR. Majlis turut meraikan staf yang bertukar ke jabatan lain diatas kenaikan pangkat iaitu Hjh. Fauziah Mohamed & Pn. Rosmah Sulaiman.



Kami warga BPBPT mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala bakti yang telah dicurahkan sepanjang mereka berkhidmat di PTAR. Semoga mereka akan meneruskan prestasi serta perkhidmatan yang cemerlang di tempat bertugas yang baru kelak. "Selamat Maju Jaya & All The Best"


Penetapan entri untuk nama Sikh


Terdapat beberapa bentuk entri untuk nama Sikh:

Contoh 1: Maginder Kaur
Entri yang digunakan : Maginder Kaur
100 0 # |aMaginder Kaur

Contoh 2: Karamjit Singh
Entri yang digunakan : Karamjit Singh
100 0 # |aKaramjit Singh

Contoh 3: Karam Singh Walia
Entri yang digunakan : Walia, Karam Singh
100 1 0 |aWalia, Karam Singh

Contoh 4: Kavitha Kaur Sidhu
Entri yang digunakan : Sidhu, Kavitha Kaur
100 1 0 |aSidhu, Kavitha Kaur

Contoh 5: Pramila Kaur A/P Baljit Singh
Entri yang digunakan : Pramila Kaur A/P Baljit Singh atau Pramila Kaur
100 0 # |aPramila Kaur A/P Baljit Singh
100 0 # |aPramila Kaur

Sumber : Pn. Hamidah A. Rahman & AACR2 (Chapter 22.25B3)


Program Penilaian Risiko Ergonomik & Taklimat Kesedaran Ergonomik di Tempat Kerja

Tarikh : 28 Januari 2010

Masa : 8.15 pagi - 5.00 petang
Tempat : pantri, bilik seminar & sekitar perpustakaan

Satu lawatan dari National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) diketuai oleh En. Raemy Md. Zein, Pengurus Bahagian Ergonomik telah diadakan di PTAR1.

Lawatan ini meliputi:-
  1. Ceramah berkenaan kesedaran ergonomik di tempat kerja oleh Pegawai dari NIOSH.
  2. Lawatan tapak (Bahagian-bahagian PTAR).
  3. Sesi temuramah 50 peserta terpilih.


Seramai 5 orang staf terpilih menghadiri program ini - Pn. Asmah, En. Izwan Salim (pembaca doa) manakala Cik Zuhaslinda, Pn. Baimah dan En. Amiri dipilih sebagai korespondan.


Taklimat Blog BPBPT

Tarikh: 27 Januari 2010

Masa: 3.00 ptg. - 4.30 ptg.
Tempat: Bilik Mesyuarat PTAR 1

Taklimat berkenaan blog PBPBT telah disampaikan oleh En. Mohd Izwan Salim. Taklimat ini bertujuan memberi tunjuk ajar di dalam mengendalikan blog ini. Antara perkara yang dibincangkan adalah:
  1. Definasi blog
  2. Perbezaan blog & laman web
  3. Gaya penulisan
  4. Penggunaan bahan media seperti imej, petikan, widget dsb.
  5. Cara post blog
Taklimat ini dihadiri semua pustakawan BPBPT. Staf yang tidak dapat hadir adalah Pn. Norhamimi dan Pn. Noor Hayati.


Taklimat di sampaikan oleh En. Mohd Izwan Salim

Telah diputuskan juga supaya blog ini dikemaskini sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Semoga taklimat ringkas ini dapat sedikit sebanyak memberi motovasi kepada penulis blog BPBPT supaya menulis begi menyumbang kepada blog BPBPT.


Produk Demo : Britannica Online Dan Palgrave Dictionary of Economics Online

Tarikh : 27 Januari 2010

Masa : 10 pg - 12 tgh
Tempat : Pusat IT (PTAR 1)

Produk demo ini telah dihadiri oleh pustakawan PTAR termasuk pustakawan fakulti dan juga pensyarah yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk yang diperkenalkan oleh En. Mitchell, wakil dari Britannica Online dan En. Christopher Toh, wakil dari USBD Distribution dan memperkenalkan produk mereka iaitu Palgrave Dictionary of Economics Online. Demo ini bertujuan untuk memperkenalkan cara-cara panggunaan dan pencarian maklumat yang terkini dengan lebih cepat.

Seramai 5 orang telah mengikuti produk demo ini iaitu En. Izwan, En. Amiri, Pn. Nurul Diana, Pn. Norazlin dan Cik Zuhaslinda.

Untuk Britannica Online, pengguna boleh melayari portal PTAR untuk mencuba dengan menekan eBook.


Amanat Tahun Baru Naib Canselor UiTM 2010 - Dato’ Prof Ir. Dr Sahol Hamid Abu Bakar


Tarikh: 25 Januari 2010
Tempat : Dewan Sri Budiman
Masa : 2.30 - 4.30 petang

Majlis amanat tahun baru oleh Timbalan Naib Canselor UiTM yang baru iaitu Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah berjalan dengan jayanya.

efforts x ability x attitude = kenaikan pangkat

Banyak intipati yang disampaikan. Antaranya:-
  1. 200 000 pelajar menjelang 2015
  2. pengajaran bahasa asing dipertingkatkan - Bahasa Arab & Mandarin
  3. pelajar menjadi majikan, bukan sahaja pekerja - melalui program keusahawanan
  4. kegiatan kerohanian dipertingkatkan
  5. penyediaan ruang rehat untuk pelajar - pembinaan kompleks pelajar (kebajikan, riadah & interaksi)
  6. ke arah pengantarabangsaan - hantar pensyarah belajar di luar negara & pengambilan international student bagi program terpilih
  7. patentkan dahulu ciptaan oleh warga UiTM, kemudia bertanding di peringkat antarabangsa, bagi mengelak diciplak
  8. kegiatan plagiat dihapuskan
Terdapat banyak lagi isi kandungan yang disampaikan oleh TNC. Semoga agenda-agenda tersebut dapat dilaksana berbekal semangat kerjasama di kalangan warga staf UiTM.


Pelajar Praktikel - UniSEL

BPBPT telah menerima kunjungan 3 orang pelajar UniSEL:
  1. Mohd Rezuwan Bin Shabdin 3071019221
  2. Nur Aqkidah Binti Ghazali 3071033491
  3. Nurul Aisyah Binti Asrul 3071014171
Pelajar tersebut merupakan pelajar dari Diploma in Library Science, Faculty of Social Science and Industrial Studies, UNISEL.

Mereka akan menjalami latiham praktikal selama 6 hari bermula 22 Januari sehingga 29 Januari merangkumi latihan umum, pemprosesan, teknikal dan jilid.


Pelajar menerima latihan bersama Pn. Yati

Diharap layanan yang diberi oleh warga BPBPT memuaskan serta membantu pelajar melengkapkan laporan mereka.


Taklimat Pengenalan Bahan Elektronik

Taklimat :- Pengenalan Bahan Elektronik
Anjuran :- BPBPT & JPPSI
Masa :- 10.00 pagi - 12.00 tgh
Tempat :- Bilik Seminar, PTAR 1

Taklimat " Pengenalan Bahan Elektronik" pada pagi ini telah disampaikan oleh Pn. Norhamimi Othman. Taklimat ini meliputi:-
1) SMD bahan elektronik
2) Aksesen bahan elektronik
3) Contoh-contoh rekod & bahan elektonik

Taklimat ini telah dihadiri oleh Ketua Jabatan, Ketua Bahagian, Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan.

Sesi perkongsian yang diadakan pada hari ini diharap dapat dijadikan penambahbaikan serta kelancaran proses kerja di antara BPB dan BPBPT .


Terima Kasih ;-)

21 Januari 2010

biggrin Dikesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Bhg. Pn. Asmah Maaroff serta seluruh rakan2 warga BPBPT di atas hadiah yang telah diberikan ... Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah sudi melawat keadaan saya di hospital tempoh hari serta rakan-rakan yang telah mendoakan kesihatan & kesejahteraan saya & putera ke-2 saya wink.. Semoga ikatan dan jalinan kerjasama antara kita akan kekal berpanjangan ... Insyaallah wink

rgds:-
Nurul Diana Jasni (Pustakawan BPBPT)


Tahniah- Silsoh Khairol

Tahniah n Syabas dari kami-Warga BPBPT di atas kelahiran novel terkini anda "PAHLAWAN ADAMUS", yang menjadi kebanggaan PTAR.

Semoga kreativiti ini akan berterusan dan menjadi pendorong kepada yang lain untuk menghasilkan penulisan di PTAR dan mengharumkan nama PTAR.....

Bagi anda yang berminat , novel tersebut boleh dibeli dari Silsoh, dengan harga cuma RM16.00

Harga di kedai(MPH dan POPULAR dan lain-lain.) ialah RM19.90, JOM BELI...... sebelum kehabisan stok, bila lagi nak tolong kawan.

Blog penulis: Silzack Khairol


Bengkel Pembentangan Produk OCLC

Pada 19 Januari 2010 (Selasa) bertempat di perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIA) telah diadakan bengkel pembentangan produk OCLC (Online Computer Library Centre) oleh Presiden OCLC Asia Pacific, Mr. Andrew Wang dan Pengarah Eksekutif OCLC Asia Pasific, Miss Tsui Shu En dari Ohio, USA. Kemudian diikuti dengan taklimat 'How to cope with STRESS' yang telah disampaikan oleh Dr. Sakinah Bt. Ali Abul Hassan, Director Medical Services Qualitas Medical Group.

Peserta yang hadir terdiri daripada semua pustakawan dari pelbagai universiti, ketua-ketua pustakawan dan pensyarah-pensyarah sains perpustakaan. Wakil peserta dari PTAR terdiri daripada:
1. Puan Nor Aziah Abdullah
2. Puan Khasiah Zakaria
3. Encik Ahamad Zuber Mohamed
4. Encik Mohd Hafiz Kasirun
5. Cik Zuhaslinda Sulaiman (BPBPT)
6. Cik Siti Rohayu Mohd Yusof
7. Encik Muhamad Nasrul bin Hussain

Salah satu produk yang diperkenalkan oleh OCLC adalah WorldCat Local yang bertujuan memudahkan pencarian maklumat dengan hanya menggunakan satu perkataan (by one search) dan ia akan mengumpulkan semua maklumat dari pelbagai universiti yang telah melanggan produk mereka. WorldCat Local juga berfungsi sebagai pusat maklumat (database) yang digunakan oleh universiti-universiti di USA. Ia juga menyediakan kemudahan seperti 'image display' untuk muka depan buku, isi kandungan dan pendapat dari universiti-universiti yang lain. Setakat ini, mereka telah mengumpulkan lebih dari 160 juta rekod bibliografik dari lebih 10,000 perpustakaan di seluruh negara.

Berikut adalah contoh-contoh link universiti yang telah melanggan produk ini:
Pada sebelah petang, taklimat mengenai stress telah disampaikan oleh Dr. Sakinah selama sejam dengan menerangkan tentang gejala-gejala stress dan cara mengatasinya. Taklimat ini berakhir pada jam 5 petang dan diakhiri dengan minum petang.

Sumber lain di : Khazanah Maktabah-Zuber


Selamat Kembali Bertugas - Pn. Nurul Diana

Salam pada semua warga BPBPT


Sukacita dimaklumkan bahawa Pn. Nurul Diana telah kembali bertugas semula setelah cuti bersalin selama 60 hari , bermula dari 21 November 2009 - 19 Januari 2010.

Untuk makluman, beliau telah selamat melahirkan cahayamata ke-2, bernama Aidil Muzaffar Bin Mohd Azlan.


Kami mendoakan semoga beliau sekeluarga berada dalam keadaan sihat walafiat dan ceria selalu.

Lagi maklumat - Our New Born / Presenting our 2nd Prince


Taklimat Modul Binding

Tarikh : 19 Januari 2010

Masa : 3.00 ptg
Lokasi : Bilik Seminar
Pembentang : Tn Hj Azizi Jantan (JPSTM) & Tn Hj Ahmad Anwal Ali ( Unit jilid, BPBPT)

Satu taklimat penggunaan 'modul binding' telah diadakan khusus bagi bahan-bahan yang perlu dijilid. Taklimat ini dijalankan, bertujuan untuk menyeragamkan tatacara penghantaran bahan ke Unit Jilid , BPBPT.

Antara Bahagian yang terlibat adalah :
  • Bahagian Jurnal & Pangkalan Data
  • Bahagian Perkhidmatan Pelanggan
  • Bahagian Pengurusan Perpustakaan Fakulti
Bagi BPBPT ianya dihadiri oleh
  1. Pn. Baimah Bujang (Pustakawan Kanan)
  2. En. Ahmad Amiri Mohamad (Pustakawan)
  3. Tn. Hj ahmad Anwal Ali (Pembantu Pemuliharaan Kanan)
  4. En. Wan Abdul Samad (Pembantu Am Pejabat)
Semoga peserta dapat memanafaatkan ilmu yang telah disampaikan.


Pem. Perpustakaan baru - En. Faris Azuan Harun


Warga BPBPT ingin mengucapkanTahniah di atas perlantikan En. Faris Azuan Harun sebagai Pembantu Perpustakaan (S17).


Untuk makluman, En. Faris sebelum ini pernah berkhidmat bersama BPBPT sebagai Pembantu Am Pejabat (N1). Kini beliau akan berkhidmat di bawah seliaan Pn. Norhamimi di dalam Gugusan AB.

Di sini warga BPBPT juga ingin mengucapkan Selamat Menjalankan Tugas dengan penuh dedikasi dan tekun. Di harap staf Pem. Perpustakaan yang lain dapat memberi tunjuk ajar kepada beliau di dalam menjalankan tugasan harian.


Penetapan bahan Kartografik

Bertitik tolak dari Bengkel Penetepan Pengkatalogan & Pengkelasan 2008, bahan kartografik dari PTAR telah dikumpul dan di proses mengikut biasa iaitu databridging - receiving - mengkatalog.

Pustakawan telah melalui proses pengkatalogan bahan ini serta beberapa siri pembetulan telah di jalankan melalui perbincangan kecil di antara pustakawan.

Hasil dari perbincangan tersebut, satu penetapan telah dihasilkan di mana ia mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh AACR2 & LOC tetapi acuannya adalah mengikut keperluan PTAR.

Acuan ini mengambil kira kemampuan sistem ILMU serta menitikberatkan kemudahan untuk mengakses bahan oleh pengguna.


Penetapan ini hanya boleh digunakan oleh Perpustakaan UiTM (PUiTM), namun perpustakaan-perpustakaan lain boleh menjadikannya sebagai rujukan..

Penetapan Bahan Katografik

Sekiranya terdapat sebarang cadangan atau persoalan samada untuk membetul atau sekadar berkongsi, bolehlah di tinggalkan di ruangan komen. Sekian..


Program Modul Acquisition

Program hands-on ini bertujuan memberi pendedahan kepada beberapa perubahan sistem kerja Bahagian Perolehan Bahan (BPB) dan BPBPT. Perubahan ini merupakan kesan langsung pengintegrasian sistem ILMU dan FAIS.

FAIS merupakan sistem kewangan dan maklumat perakaunan UiTM yang bersepadu bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja khasnya untuk Pejabat Bendahari dan amnya pengurusan UiTM. Sistem ini telah dirangka untuk membantu pihak pengurusan Universiti di dalam memproses dan mendapatkan maklumat kewangan dan pengurusan kewangan dengan lebih cepat, tepat dan lengkap. - Source

Sehubungan dengan itu satu latihan penggunaan modul perolehan yang telah ditetapkan oleh Paradigm mengikut turutan modul yang telah disediakan dan modul pengkatalogan

Antara modul / sub-modul yang terlibat adalah:
  1. Batch Validation
  2. Request Control
  3. Purchase Authorization
  4. Databridging
  5. Paramips
  6. Order Maintenance
  7. Ordering
  8. Receiving
  9. Invoice Entry
  10. Request for Payment
  11. Record for Payment
Staf BPBPT yang terlibat adalah semua staf Pembantu Perpustakaan, Ketua Bahagian dan Pustakawan Kanan


Latihan staf baru Kemasukan Jan 2010

Warga BPBPT mengucapkan selamat datang kepada staf baru kemasukan Januari 2010 ke Bahagian Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan Teknikal PTAR 1. Kumpulan tersebut terdiri daripada:
  1. Puan Hafiza binti Mustape - Pustakawan (S41)
  2. Encik Fariz Azuan bin Harun – Pembantu Perpustakaan (S17)
  3. Cik Intan Syafinas binti Mohd. Ali – Pembantu Perpustakaan (S17)
  4. Cik Naziraqh binti Azizan – Pembantu Perpustakaan (S17)
  5. Cik Rozita binti Sharudin – Pembantu Perpustakaan (S17)
  6. Cik Nurul Adila binti Jusoh – Pembantu Perpustakaan (S17)
  7. Cik Hasnatul Sabarina binti Amer - Juruteknik Komputer (FT17)
Penerangan oleh staf pembantu perpustakaan

Kumpulan akan menjalani latihan pengenalan mengenai bahagian selama 1 hari. Pengenalan bahagian adalah meliputi:-
  1. Pengenalan am BPBPT
  2. Modul Cataloging & OPAC
  3. Pemprosesan buku undang-undang, perubatan dan majalah berjilid
  4. Pemprosesan teknikal
  5. Unit jilid
Staf bahagian yang terlibat dengan pembentangan adalah - Cik Zuhaslinda, Pn. Noorhayati, Pn. Norazlin, Pn. Baimah, En. Amiri, Cik Zayani, En. Hazry, En. Fauzi dan Tn. Haji Anwal

Penerangan oleh Pustakawan Cik Zue dan Pn Yati

Di harap dengan pendedahan ini, staf dapat memahami fungsi bahagian secara umum.